Kenapa Rahman Dahlan Marah Pada Yb Meninggalkan BN?

Kenapa pemimpin UMNO Sabah marah kecewa bila Yb BN Sabah mengubah haluan dan menyertai Parti Bersatu. Siap berpesan pada masyarat agar menolak mereka pada PRU yang akan datang. Amboi!

Boleh begitu kah, main pesan pesan. Kalau berkesan sudah tentu hari ini BN masih menjadi kerajaan.

Alasan pemimpin BN itu ialah kerana blok pembangkang perlu ada dalam sistem demokrasi serta kononnya telah mengkhianati kepercayaan rakyat.

Sebenarnya itu hanyalah alasan mereka yang suka berretorik, retorik dari banyak sudut, termasuklah dari sudut perlembagaan. Sehinggalah rakyat menolak mereka pada PRU yang lepas.

Termaktub dalam undang-undang bahwa mengubah haluan perjuangan atau parti adalah langkah yang dibenarkan didalam politik Malaysia berdasarkan undang-undang yang sedia ada.

Di sebut dalam perlembagaan atau undang-undang SPR bahwa rakyat bebas berpersatuan selaras perkara 10(1)(c)Perlembagaan Persekutuan.

Jadi apa masalahnya?

Sebaliknya pihak yang menafikan undang-undang SPR itulah yang tidak layak bercakap soal demokrasi.

Mana kebebasan satu satu pemimpin didalam mereka mempertahankan prinsip perjuangan? Hakikatnya pemimpin yang baik ialah yang betul wajib didokong, kalau sebaliknya mesti ditinggalkan.

Jadi sepatutnya hal keluar parti selepas kerajaan terbentuk tidak lagi sesuai dijadikan modal politik, tidak sudah relevan. Macam orang yang ketinggalan bas!

Apa yang patut dilakukan oleh pemimpin BN Sabah ialah bergerak saja kehadapan, koreklah, carilah kelemahan Yb Yb kerajaan sementara PRU masih jauh. Tapi bersedia pula dikorek oleh kerajaan yang sedia ada.

Admin rasa ini lebih mendatangkan manfaat daripada hanya sibuk meratapi kejayaan orang lain dalam masa yang sama meratapi kegagalan diri sendiri. 😊

Seperkara yang perlu diketahui oleh pemimpin pemimpin BN aka Abdul Rahman Dahlan. Bahawa perjalanan sebenar Yb Bebas berkenaan tidak seperti apa yang dibayangkannya, Yb Bebas itu tidak keluar kerana tamakkan kuasa, sebab itulah tidak terlibat dalam pembentukan kerajaan negeri Sabah. Hakikatnya mereka keluar atas nama prinsip demi memperjuangkan nasib rakyat dan beberapa faktor yang menyangkut soal masa depan BN, dimana tetap kelam kabut walaupun sudah menjadi pembangkang sedangkan tiada sudah insentif yang di rebutkan. Apa barang!

Jangan lagi bercakap seolah olah politik itu sangat takut pada peraturan. Seperti contoh, walaupun dipihak pembangkang tetap saja nasib pengundi di kawasan mereka terbela, dakwaan ini hanyalah retorik politik. Hata di zaman BN dahulu pun, kesaksamaan seperti itu kurang atau tidak berlaku.

Satu lagi apa pemimpin UMNO Sabah itu cakap, kononnya mereka yang meninggalkan UMNO adalah keji dan memalukan?

Sedangkan sebenar benar perasaan yang memalukan dan mengejikan ialah kalah pada pilihanraya kerana dipercayai bersikap sombong dan angkuh oleh masyarakat. Jangan nafikan dakwaan ini kerana ramai lagi calon BN yang menang walaupun majoriti masyarakat Sabah pada PRU yang lepas menolak parti BN.

Sebenarnya ada banyak point yang admin boleh utarakan. Tinggal lagi risau akan menggores hati pihak yang berkenaan. Walaubagaimana pun jangan pula terus menekan.

Berikan saja tumpuan sebagai pembangkang, bukannya meratapi perkara yang sudah menjadi sejarah, seperti mana Syiah. Selamat maju jaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s