Mahathir akan mendedahkan kenapa pada tahun 2012 Peguam Negara, Gani Patail tidak mendakwa Tan Sri Musa Aman berkenaan konsesi balak Sabah. Poyoh!
Jual temberang lagi Perdana Menteri kita ni.
Kita tunggu apa pendedahannya. Tapi sebelum itu suka admin ingatkan, Mahathir adalah satu satunya pemimpin Malaysia yang mendapat mohor Mahafiraun, muka yang tidak boleh dipercayai oleh pembangkang pada masa itu, kerana telah didapati menyalahgunakan kuasa serta menyeleweng berbilion wang rakyat.
Tapi hari ini semuanya berubah dan semua kenyataan atau dakwaan Mahathir sengaja dipercayai tanpa kompromi. Isunya kemana perginya kredibiliti selaku pembangkang sebelum ini, adakah kerajaan PH yang ada pada hari ini berdiri dari penipuan kerna digerakkan oleh pemimpin atau Menteri yang menghalalkan cara aka penipuan, masuk angin keluar asap?
Kenapa bukan Gani Patail sendiri yang tampil menjawab persoalan “kenapa pada tahun 2012 Musa Aman tidak didakwa?”
Polemik ini timbul ekoran pendakwaan terpilih keatas mantan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.
Klik link ini https://jalinluin.com/2018/11/05/musa-aman-selepas-14-tahun-baru-didakwa-dan-kenapa-dua-hari-sebelum-07hb-november/
Pada 05hb yang lalu yakni dua hari sebelum keputusan kehakiman berhubung jawatan Ketua Menteri Sabah yang sah dijatuhkan. Tan Sri Musa Aman telah didakwa oleh tangan ghaib aka SPRM berkaitan konsesi balak Sabah yang berlaku pada tahun 2004 dan sebutan kes akan dibuat pada 13 Disember ini.
Semalam Daim Zainuddin mengesa atau menyeru pada kerajaan PH agar berhenti mencari kesalahan kerajaan terdahulu.
Ini kerana Daim dan bossnya Mahathir pun sedar yang mereka ibarat ayam jantan bernajis di ekor.