Dengan bangganya kerajaan negeri Sabah mengumumkan akan memberi bayaran khas atau bonus sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri, ia akan dibayar pada bulan Disember tahun ini.
Shafie Apdal membayangkan bonus itu adalah durian runtuh kepada penjawat awam selaras dengan pengumuman bajet 2019 yang telah diumumkan oleh Federal.
Janganlah cakap durian runtuh kalau setakat RM500, Sarawak yang ditadbir oleh kerajaan pembangkang semasa membentangkan bajet tahunan 2019 telah mengumumkan akan memberikan insentif bonus sebanyak RM2000 pada setiap kakitangan kerajaan negeri.
Ketua Menteri Sarawak menganggapnya sebagai insentif bukannya durian runtuh, macamlah orang Sabah ni kebuluran. Hemmm
Macam mana ni, inikah Sabah Ubah, bonus pun siput. Rizab berbilion tinggalan kerajaan terdahulu ada dimana?
Kerajaan Sabah, kalau ada membuat pinjamam pendahuluan dari Federal dimana sudah dana tu?
Kerajaan baharu Sabah ni, bab meniru langkah kehadapan yang diambil oleh kerajaan negeri Sarawak bukan main laju lagi tapi bab menjaga kebajikan rakyat, tengok sajalah bonus yang diberikan setahun sekali, macam siput RM500. Alahai!
Sepatutnya, memandangkan ini adalah tahun pertama Parti Warisan sebagai kerajaan negeri, bonus kenalah banyak sebagai bukti kesungguhan mereka yang kononnya ingin membela nasib orang orang Sabah.
Reblogged this on JalinLuin.com and commented:
Ternyata artikel ini benar dan bukannya persepsi admin seperti mana dakwaan penyokong-penyokong Warisan yang sebenarnya kalah malu pada Sarawak.
Sebentar tadi kerajaan Sarawak yang berstatus negeri pembangkang telah bersetuju memberikan bonus satu setengah bulan gaji atau RM2000 kepada semua kakitangan awam negeri Sarawak berbanding Sabah hanya memberikan RM500.
Untuk makluman artikel ini bertarikh 10hb November dan telah pun dipaparkan. Tapi kerna ada pihak yang tidak berpuas hati maka admin letakkannya dalam setting preview dimana hanya admin yang boleh membacanya.
Malam ini admin paparkan semula. 😊
LikeLike