
Tidak jemu jemu dan tidak malu betul Adun Merotai Si Sarifuddin ni tau. Orang lain juga sanggup bodoh tapi tidak macam dia, nampak sangat tidak cerdik dan putar belit atau pembohong.
Ibarat kalau berniaga dia champion mengurangkan timbangan.
Punyalah besar agenda Sabah Ubah sekali diminta tunjukkan kejayaan kerajaan Warisan, dia hanya mampu bagi cukai petroleum 5% kononnya kejayaan mereka. Ini saja yang dipusing sejak dari dulu.
Kau tu bekas Timbalan Menteri Kewangan, itu saja yang kau tahu ke? bererti kerajaan Warisan tidak melakukan hal yang lebih besar dari itu.
Kejayaan lain kononnya kuasa membayar PBT dinaikkan menjadi RM50 ribu dan had umur kakitangan kerajaan dipendekkan supaya kononnya memberi peluang pada orang lain. Ini bukan kejayaan yang boleh dibanggakan malah kalau diperhalusi ia adalah tindakan yang bodoh.
Itu saja ke yang mampu dilakukan oleh kerajaan Warisan selepas menghasut rakyat Sabah agar membenci orang Melayu?
Bangunan SIC, PPNS dibina semasa kerajaan Musa Aman, begitu juga projek Pan Borneo. Selain itu pelbagai bantuan tunai diberikan kepada rakyat Sabah. Tidak ketinggalan memberi geran komunal. Tapi tidak pula dijajah sebagai kejayaan yang bertujuan memancing politik. Sebab kerajaan Musa Aman sedar ia adalah tanggungjawab semata mata.
Ini Warisan. Hahaha!
Tujuan asal mengehadkan bayaran 20 ribu di peringkat PBT daerah sebelum kerajaan Warisan, adalah bagi mengelak penyelewengan. Apa lagi agensi kerajaan hari ini ditadbir secara atas talian. Justeru tidak ada masalah pun bayaran lebih 20 ribu dibuat di peringkat negeri.
Tapi kita sedia maklum, kepimpinan Shafie kalau bab pulus memang ada saja cara yang diperkenalkan supaya senang mengorek.
Had umur kakitangan bersara di negara maju Singapura sehingga 60 tahun. Tapi kerajaan Warisan mengambil langkah terbalik memendekkan had umur dan ia dianggap kejayaan besar kerajaan Warisan.
Beberapa anak pemimpin Warisan di daerah Semporna dilantik sebagai Pegawai di Majlis Daerah dan automatik menjadi kakitangan tetap walaupun tidak berkelayakan. Ini pun kejayaan kerajaan Warisan ke?
Berulang kali di tegaskan. Kebetulan Warisan menjadi kerajaan negeri ketika kerajaan Sarawak memulakan tuntutan cukai Petroleum 5%.
Kerana tidak ingin dilihat lemah, Shafie selaku Ketua Menteri Sabah ketika itu berjumpa dengan kerajaan Sarawak untuk membuat tuntutan sama. Maksud saya idea menuntut cukai Petroleum 5% bukannya dari kerajaan Warisan. Ini kamu kena faham. Itu hah buktinya dibawah.
Sarawak Perkenal Cukai Produk Petroleum, Sabah?
Pun begitu jika menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing ketika itu. Rombongan Shafie takut mengemukakan permohonan atau tidak berani bersuara sebab ketika itu Perdana Menteri Dr Mahathir.
Sebab itulah kerajaan Warisan dianggap tidak menuntut cukai 5% sebab bukan idea mereka dan tidak tuntas atau tidak ada hitam putih.
Shafie/Warisan Tidak Buat Apa Untuk Dapat Cukai Jualan 5% – ADUN STAR
Kalau ada yang beranggapan hanya bila Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah barulah tuntutan 5% berlaku itu tidak benar sama sekali. Bagaimana pula dengan kerajaan negeri Sarawak yang tidak pernah bertukar tapi hanya mengemukan tuntutan pada tahun 2018.
Sabah Mulai Terima Bayaran 5% Cukai Produk Petroleum – KM Hajiji






















Leave a Reply