Pada admin ini adalah pendedahan yang eksklusif dari rakan seperjuangan Datuk Shafie Apdal semasa mereka bersama UMNO.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan hakikatnya yang memusnahkan karier politik Datuk Shafie Apdal ialah Dr Mahathir. Dimana Dr Mahathir telah menjanjikan akan meletakkan Datuk Shafie pada kedudukan tinggi andai mereka berjaya menjatuhkan kerajaan PM Najib Razak.
Sebab itulah kalau ada yang ingat kenapa tiba tiba Datuk Shafie dan Tan Sri Muhyiddin mengkritik 1MDB, sedangkan segala laporan perkembangan 1MDB telah disediakan di Dewan Parlimen bagi membolehkan mereka menilai hala tuju perniagaan 1MDB.
Menunjukkan tidak ada yang cuba menyembunyikan kebenaran dari mereka tapi kerna telah memasang cita cita yang menggunung atau termakan janji, terpaksalah mereka membesar besarkan isu 1MDB.
Untuk makluman waktu itulah saya membuat laporan Polis ke atas Najib Razak. Saya masih ingat, sebelum membuat laporan Polis saya ditanya oleh Shafie kalau berani, saya kata berani.
Secara tidak langsung saya ingin mengetahui kebenaran skandal 1MDB. Idea membuat laporan Polis adalah inisiatif saya secara peribadi.
Ironinya kita dapati, hari ini Shafie Apdal tidak lagi bercakap pasal 1MDB tapi menjurus kepada perjanjian Malaysia 1963. Sejak bila dan kenapa?
Sedangkan kalau menurut Tan Sri Annuar Musa yang lebih senior dalam UMNO berbanding Datuk Shafie. Beliau tidak pernah mendengar Datuk Shafie bercakap pasal hak hak Sabah atau perjanjian 1963 sedangkan sebagai ahli Parlimen danberjawatan Menteri, Datuk Shafie ada imuniti untuk mempersoalkannya.
Sebaliknya kalau ada yang masih ingat kenyataan Datuk Shafie berhubung 20 perkara. Klik link ini, https://jalinluin.com/2018/01/20/jangan-keliru-dokumen-20-perkara-shafie-apdal/
“Saya telah lama mengenali dia malah saya lebih lama berada dalam Umno berbanding beliau, namun kenapa beliau tidak menyentuh soal hak Sabah ketika masih bersama Umno? Saya boleh imbas kembali satu persatu setiap peristiwa bersama beliau, dan beliau tidak pernah sama sekali menyentuh soal hak Sabah ketika masih bersama Umno,”katanya.
Tan Sri Annuar Musa berkata demikian ketika diwawancara oleh Wartawan The Sunday Times.
Jadi jelaslah apa yang diperjuangkan oleh parti “Warisan” ia hanyalah retorik politik dan tindakan yang terdesak di dalam usaha mereka menarik kepercayaan masyarakat Sabah.
Benarlah dakwaan masyarakat Sabah, sebenarnya Shafie Apdal terperangkap antara nafsu dan akalnya.
KAHKAHKAH…….Anuar Musang kau jadikan sumber rujukan.
Orang Kelantan semua sangat kenal dengan ANUAR MUSA.
Sebut je nama dia, semua mula mencebekkan mulut.
Kau carilah sumber yang lebih berwibawa.
Otherwise, blog kau ends up jadi bahan MAHARAJA LAWAK.
Aku masuk sini sebab nampak tajuk ada sebut ANUAR .
Jadi aku nak tahu, ANUAR yang mana satu.
Rupanya ANWAR MUSANG……………..KAHKAHKAHKAH.
LikeLiked by 1 person