Jangan Keliru Dokumen 20 Perkara – Shafie

RAUB: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta semua pihak tidak terkeliru dengan dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia pada 1963.

Katanya perkara tersebut perlu dijelaskan kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak supaya mereka memahami perkara yang termaktub dalam dokumen 20 Perkara berkenaan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Persekutuan terus berusaha untuk mengimbangkan pembangunan dan kemajuan secara sama rata di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya rakyat dapat menerimanya tanpa halangan.

“Saya berharap pemimpin Umno perlu turun padang memberikan penerangan agar rakyat tidak terkeliru dengan tohmahan pembangkang yang membangkitkan isu itu bagi mengelirukan rakyat terutamanya menjelang pilihanraya umum ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan ‘Raub Challenge’ di Kampung Pamah Kulat, di sini, Khamis.

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kandungan dan semangat dokumen 20 Perkara adalah sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan. -BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/06/01/jangan-keliru-dokumen-20-perkara–shafie-apdal/


Tapi hari ini lain pula ceritanya, semuanya terbalik. Malah perjanjian 1963 atau 20 perkara menjadi senjata utama Parti Warisan Sabah.

Bukan kah ini menunjukkan sebenarnya Presiden Warisan, Shafie Apdal tahu dan sedar pada hakikatnya perjanjian 1963 atau 20 perkara bukan lagi isu yang relevan untuk dipersembahkan kepada masyarakat Sabah, selain bertujuan untuk mengakalkan pemikiran mereka agar menyokong penentangan mereka terhadap BN. Walaupun pada hakikatnya BN tidak melakukan kesalahan baik pada diri Shafie atau masyarakat Sabah secara keseluruhannya.

Dengan demikian apa sebenarnya yang ingin diperjuangkan oleh Warisan ya?

4 thoughts on “Jangan Keliru Dokumen 20 Perkara – Shafie

  1. Undilah WARISAN!!!!!!
    Kelulusan Shafie Apdal bukan Phd = Perangai Hasad Dengki.
    Dia boleh jadi Ketua Menteri Sabah yang paling baik.
    Kerana dia ada diploma in shipping, dia boleh bangunkan industri
    perkapalan di Sabah.
    Percayalah kepada Shafie.

    Like

    • Secara peribadi, tidak ada maknanya. Selama ini siapa yang tidak kenal Jalin Luin dalam dia memperjuangkan DSSA. Tapi apa yang berlaku, bila DSSA mendapat kemenangan di PRU yang akan lepas.

      Orang lain yang diberikan keutamaan walaupun tidak berusaha keras memperjuangkan DSSA aka BN. Malah ada diantara mereka menyokong pembangkang dan mengundi pembangkang.

      Pokoknya dia adalah pemimpin yang buta mata dan hati dalam menilai orang lain. Atau senang cerita tidak boleh menerima kelebihan orang lain.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s