Untuk makluman My Sabah yang diketuai oleh Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman dan yang bertanggungjawab menuntut hak hak Sabahan berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 telah ditubuhkan lama sebelum parti Warisan dibeli oleh Datuk Shafie Apdal.
Bererti perjuangan parti Warisan yang kononnya memperjuangkan perjanjian 1963 adalah perjuangan copy paste dari pemimpin pemimpin Sabah terdahulu yang secara kebetulan turut serta sebagai ahli jawatankuasa My Sabah, diantaranya Dr Jeffrey Kitingan dan lain lain malah seorang aktivis yang dikenali sebagai Tuan Zainnal Ajamain sebelum dia menyertai parti Warisan.
KUALA LUMPUR – ‘Hak Sabah 40 peratus’ iaitu bayaran pendapatan tahunan sebanyak 40 peratus oleh kerajaan Persekutuan ke atas Sabah perlu diteruskan semula demi rakyat di negeri tersebut.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, cadangan dipersetujui oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali pada mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan bersama Datuk Seri Nancy Shukri hari ini.
Jelas Anifah, keputusan berkenaan memberi makna besar dan dilihat sebagai satu sinar buat rakyat negeri itu selepas gagal dilaksanakan sejak tahun 1974.
“Mengikut Perkara 112D, bayaran pendapatan tahunan ke atas Sabah sebanyak 40 peratus ini wajib dibayar untuk setiap lima tahun dan Geran Khas Sabah ini termaktub dalam Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
“Bayaran ini ialah sebahagian daripada proses pentadbiran dan belanjawan, bukan bermotid politik seperti andaian sesetengah pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Anifah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kimanis berkata, wakil Kerajaan Persekutuan dan Menteri Kewangan Sabah perlu berbincang dan menghalusi setiap aspek khususnya jumlah peruntukan yang harus diterima.
“Dari aspek ini, saya difahamkan Kabinet Sabah telah mempersetujui sejumlah peruntukan yang mewakili 2/5 Pendapatan Persekutuan diperoleh dari Sabah.
“Kedua-dua pihak perlu berbincang dan berunding mengenai jumlah akhir yang sedikit sebanyak tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan serta keperluan negeri Sabah,” katanya.
Dalam hal ini jelas beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu-satunya pemimpin tertinggi negara yang bersetuju untuk meneruskan semula Geran Khas Sabah ini.
“Saya juga tahu ada mantan Perdana Menteri sanggup mengguna pakai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memenjarakan wakil negeri Sabah yang membangkitkan isu ini dan memperjuangkan hak rakyat Sabah.
“Rakyat Sabah perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keikhlasan beliau mengembalikan semula hak rakyat,” katanya. – theRakyat
#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah
Tinggalkan Jawapan