Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam – PM Najib Razak

Sebelum itu pada khususnya kakitangan awam yang ada diseluruh negara, wajar kalian mengucapkan ribuan terima kasih dan yang paling penting bersyukur kepada politik BN yang senantiasa memikirkan serta menjaga kebajikan dan mendengar keluhan rakyat.

Dalam admin merangka entri ini, seorang kakitangan awam telah meminta pada admin agar menyampaikan pesanannya. Bahwa sewajarnya mereka sebagai kakitangan awam mensyukuri pemberian ini dan meminta agar jangan ada diantara mereka yang terpedaya lalu menyokong pembangkang, sedangkan kita tidak tahu, sedalam mana kesungguhan mereka. Siapa tahu, macam sebelum ini hanya kroni dan kerabat yang dibela.


PUTRAJAYA 4 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan khabar gembira kepada 1.6 juta penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 bahawa kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018.

Beliau berkata ini bermakna penjawat awam mendapat tahunan 1 lagi kenaikan gaji tahunan disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun ini.

Selain itu beliau turut mengumumkan:-

2- Pemendekan tempoh time-based kali kedua kepada kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari 2018.

3- Mewujudkan lapisan Gred 56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan (berkuatkuasa 1 Januari 2019).

4- Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak warganegara (berkuatkuasa 1 Julai 2018).

5- Dana tahunan kepada Cuepacs RM3 juta setahun.

6- Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan kepada penjawat awam bukan islam maksimum 7 hari (berkuatkuasa Januari 2018).

7- 1% Kenaikan kadar pencen tahunan secara one off untuk tahun 2018 sebagai tambahan kepada 2% yang diterima pesara pada 1 Januari 2018.

8- Pemberian Geran Khas RM1 juta kepada Persatuan Pesara bagi tahun 2018

9.- Menetapkan kuota haji untuk persatuan pesara kerajaan. – UTUSAN ONLINE

2 Comments

  1. Berita gembira untuk kakitangan Awam tapi berita sedih untuk
    seluruh rakyat Malaysia. Umum mengetahu, GAJI KAKITANGAN
    AWAM MALAYSIA DIBAYAR DARI CUKAI GST. Ini pengakuan Najib
    sendiri ketika beliau menangkis serangan pembangkang untuk
    menghapuskan GST. Najib juga berkata: TANPA GST, MALAYSIA
    AKAN MUFLIS MACAM GREECE!!!!.
    Jadi dari mana Najib nak cekau duit 1.46 villion setiap tahun untuk
    membayar tambahan kos gaji Pejawat Awam jika tidak melalui GST.
    Adakah GST akan dinaikan, andaikata BN berjaya menang PRU14….?
    Tempoh 5 tahun sangat panjang, kemungkinan besar GST akan
    dinaikkan. Mula-mula mungkin naik 2%, JADI 8%.
    Kemungkinan besar, akan naik mencecah 13% dengan keborosan
    Najib dan perb elanjaan hidup mewah keluarganya yang terpaksa
    ditanvggong oleh rakyat, belum lagi hutang piutang 1MDB. Bunga
    sahaja setiap tahun sudaah ce ah 30 billion. Cuma bunga, belum
    lagi HUTANGNYA.
    Jadi, hubaya-hubayalah dengan gula-gula Najib.
    Sendiri akan tercekik atau kena kencing manis, langsung tak boleh
    diselamatkan lagi.

    Liked by 1 person

    Reply

  2. KENAPA NAJIB NAK TUNGGU LEPAS PRU B ARU NAK
    PENUHI JANJI INI…..?????
    KENAPA TAK BUAT SEKARANG..?
    Kerajaan PAKATAN Selangor & Peneng sudah lama beri 2
    kenaikan gaji kepada pejawat awamnya. Bukan je 2 kenaikan
    gaji, 2 BULAN BONOS juga!
    Jadi, kenapa Najib nak tunggu JULY baru beri….?
    Mesti ada motif di sebalik tawaran mee gorengnya in i.
    Ingat pepatah ini: BEWARE OF GREEKS BEARING GIFT!
    MAKSUDNYA:

    Do not trust enemies who bring you presents — they could very well be playing a trick. The saying is adapted from the words of Laocoon in the story of the Trojan horse.

    Liked by 1 person

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s