Warisan membuat laporan Polis keatas Anifah Aman untuk tujuan memfailkan saman. Tapi siapa sebenarnya yang mulakan ni ya?

Ikut keterangan dibawah dan pastikan anda klik link yang disediakan.

Tadi admin terbaca satu artikel pasal Warisan yang ingin menyaman Menteri Luar, Datuk Anifah Aman. Alasannya kerana percakapan Datuk Anifah sebelum ini yang kononnya mempersoal ketulenan bangsa Shafie Apdal tapi berangan angan ingin menjadi Ketua Menteri Sabah.

Rentetan itu jentera Warisan bahagian Ranau telah membuat laporan Polis terhadap Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Inilah kualiti pemimpin dan jentera pembangkang ni, sikit sikit laporan Polis, sikit sikit saman. Nampak sangat tidak demokratik dan berada di pihak yang salah dan cuba menegakkan benang yang basah.

Setakat kenyataan seperti itu, apa lah sangat berbanding ucapan Naib Presiden Warisan, Peter Anthony yang jelas menyentuh sensitiviti anutan bangsa Menteri Luar dan Ketua Menteri Sabah. Klik link dibawah, artikel ini bertarikh 23hb September 2017, bererti Warisan lah yang sebenarnya sengaja mencetuskan politik perkauman.

Pun begitu tidak pun jentera BN kemaruk membuat laporan Polis dan mengugut akan memfailkan saman. Kerna jentera BN menyedari ia hanyalah tuduhan politik semata-mata.

https://jalinluin.com/2017/09/23/warisan-pengamal-politik-perkauman-dan-cabaran-terhadap-warisan/

Begitu juga dengan sikap sebahagian besar jentera Warisan dari pantai timur Sabah, suka memandang rendah kaum lain tidak terkecuali keatas kaum Suluk dan Bugis. Seolah olah kaum atau etnik merekalah yang paling atas di antara kaum kaum yang lain. Macam saja rakyat Sabah ni buta huruf tidak tahu cerita yang sebenar benarnya. Bikin kesian, mahu juga!

Sedangkan kalau ada yang masih ingat keceriaan di perhimpunan Agung UMNO. Shafie diberikan jolokan lanun oleh rakan sejawatannya. Tapi kenapa waktu itu Shafie tidak memfailkan saman?

Admin sendiri pernah di maki oleh seorang pemimpin rasmi Warisan melalui akaun Facebooknya. Dia mendesak agar kononnya admin balik kampung aka Sarawak. Bikin ketawa, bikin kesian pun ada. Terdetik masa itu, siapa juga dia tu, macam saja muka yang tidak layak bercakap pasal politik Sabah. Bercakap bahasa kebangsaan pun tunggang langgang. Hentak papan!

Kalau memang ada kelayakan dan berpengaruh serta pendapat mereka didengar oleh masyarakat Sabah tidak perlulah pemimpin dan jentera Warisan terhegeh hegeh masuk ke kampung kampung yang majoritinya berbangsa KDM dan tidak perlu juga berpolitik perkauman.

Pokoknya Parti Warisan tidak akan mampu bertahan kalau mereka tidak menyuntik sentimen atau elemen perkauman, kerana elemen ini amat efisen dalam usaha menarik masyarakat Sabah agar menyokong parti Warisan.

Pun begitu mereka ada tektik kotor yang akhirnya akan memecah belahkan masyarakat Sabah. Iaitu pemimpin Warisan yang berbangsa Bajau akan menyuntik rasa kekitaan terhadap kaumnya supaya bersatu menyokong Parti Warisan kerana kononnya hanya Warisan yang mampu membela mereka. Begitu juga dipihak pemimpin Warisan yang berbangsa KDM juga menyuntik rasa kekitaan pada kaumnya supaya menyokong Warisan dan mereka mepropagandakan bahawa Shafie hanyalah alat untuk menarik undi kaum Bajau. Tiba saatnya Shafie akan disingkirkan.

Itu yang admin katakan Warisan hanya akan menggugat keharmonian dikalangan masyarakat Sabah.

Dan pada jentera Warisan janganlah mudah diperalatkan, kalau rasa ada tuduhan yang tidak berapa jelas. Nah jangan lah bha terus berlagak marah hingga membuat laporan Polis. Sebaliknya jelaskan saja mengikut saluran demokrasi. Jangan sampai laporan Polis yang kamu buat itu memakan diri dan mengundang pendedahan yang sebelum ini sengaja tidak di viralkan.

https://jalinluin.com/2018/01/03/warisan-dan-agenda-memperalat-bajau-suluk/

2 thoughts on “Warisan Buat Laporan Polis Untuk Saman Anifah Aman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s