Naib Presiden Warisan, Peter Anthony semasa menyampaikan ceramah politiknya hari ini di Majlis Politik yang diadakan di Kampung Membakut, Kimanis.
Berkata, Presiden Warisan, Shafie Apdal itu berbangsa Suluk? dan KM Musa Aman pula berbangsa Bengali. Tapi kenapa kononnya penyokong BN memperlekeh status Shafie Apdal hingga tidak layak menduduki jawatan Ketua Menteri Sabah.
Kerana itu kalau menurut Peter Anthony, jangan penyokong Warisan takut pada politik BN. Sebab kononnya sama sama juga makan nasi. Tambahhya lagi, kenapa kalau BN yang menghina bangsa Shafie Apdal boleh pula tapi kalau Warisan tidak boleh. Kerana itulah dia bagi pihak Warisan berani merendahkan martabat Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
Nampaknya Warisan sudah mula mengamalkan politik yang tidak sihat iaitu sengaja mencetuskan politik perkauman di negeri Sabah. Ini kerana mereka semakin terdesak, selepas masyarakat Sabah sudah mula merasa kepura puraan perjuangan Warisan. Dimana sebelum ini mereka mendakwa Warisan tidak ada hubungan dengan parti PPBM yang bertapak di Semenanjung. Sedangkan pada hakikatnya Warisan ada hubungan akrab dengan Dr M (PPBM) ini dapat dibuktikan berdasarkan kenyataan media Dr M sendiri yang menyandarkan kekuatan pembangkang di Sabah pada politik Warisan. Selain kehadiran Naib Presiden Warisan, Jaujan Sambakong di majlis ulang tahun PPBM.
Sikap jelik pemimpin dan jentera Warisan yang berada diperingkat akar umbi juga telah mendorong masyarakat untuk menolak Warisan. Menurut mereka itu belum lagi Warisan menjadi kerajaan. Sudah pun kenampakan ciri ciri individu yang tidak wajar diberikan kepercayaan.
Pun begitu ingin admin mencabar umumnya barisan kepimpinan Warisan dan khasnya Naib Presiden Warisan, si Peter Anthony. Ada dua cabaran.
1. Apa kaitannya politik dan bangsa di negeri Sabah ni, kenapa Warisan mempolitikkannya?
2. Pemimpin BN Sabah mana yang telah menghina bangsa mana mana pemimpin politik khususnya Presiden Warisan, Shafie Apdal?
Sedangkan kita tahu sebelum ini telah ada kenyataan dari Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Titingan dan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban yang menolak perlecehan keatas mana mana bangsa di negeri Sabah yang cuba diserapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Klik link ini Jangan Kaitkan Bajau Suluk Dengan Pengganas
Kalau kepimpinan Warisan tidak boleh menjawab atau membuktikan dua soalan diatas. Kita berharap pada kepimpinan Warisan agar bermula pada hari ini jangan lagi berani berani memperalatkan mana mana bangsa demi kepentingan politik Warisan. Bahaya tu!
#BNforSabahan
*Kapal Layar*
– melambangkan teras perjuangan Parti Warisan Sabah iaitu harus berani serta memiliki ketahanan yang tinggi kerana ia membawa harapan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik
*Dua tangan bersalaman*
– melambangkan kesatuan rakyat Sabah dari pelbagai etnik dan kaum di bawah satu bumbung yang sama demi perjuangan yang suci untuk negeri tercinta.
– *Tangan berwarna biru pekat* – memberi maksud Bahagian Timur Sabah
– *Tangan berwarna merah* – memberi maksud Bahagian Barat Sabah
– *Bunga padi* – membawa maksud bahawa matlamat utama Parti Warisan Sabah adalah untuk memperjuangkan kebajikan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan etnik
*Laut*
– melambangkan cabaran yang akan diharungi bersama.
*Warna biru pekat dan biru muda*
– melambangkan Kesatuan iaitu kesatuan demi perjuangan, kesatuan demi kebajikan rakyat dan kesatuan demi Sabah. Ia juga menggambarkan Warisan Sabah adalah sebuah parti yang menyeluruh dengan tidak mengabaikan mana-mana kaum dan etnik.
*Warna merah*
– melambangkan keberanian dan ketegasan ahli-ahli iaitu termasuklah keberanian untuk menegakkan kebenaran, keberanian memperjuangkan nasib, keberanian memperjuangkan kehendak dan keberanian mempertahankan hak-hak rakyat Sabah
*Warna putih*
– melambangkan ketelusan dalam pentadbiran, kepimpinan dan perjuangan juga sifat amanah yang menjadi asas setiap kepimpinan dan ahli.
Handry Rumpit
LikeLike