Ada sudah yang terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh parti Warisan. Kononnya hanya parti itu yang mampu membela kaum Bajau Suluk di negeri Sabah dan memandangkan Presiden Warisan itu sendiri kononnya berbangsa Bajau maka semestinya kaum Bajau dan Suluk wajib menyokong parti Warisan seperti mana sambutan keatas PBS di era 80-an.
(Tapi Warisan lupa pada era kegemilangan PBS sebahagian masyarakat berpendapat PBS adalah parti perkauman, sebab itulah kerusi kemenangan PBS berkurangan setiap kali PRU. Maksudnya parti Warisan ni sengaja mengikut jejak PBS walaupun Warisan tahu pada masa itu PBS menyuntik sentimen perkauman kah dan itu bermakna sememangnya Warisan berpolitik perkauman?)
Tapi bagaimana pula andai ditakdirkan kedudukan Shafie Apdal sebagai Presiden Warisan digantikan oleh Timbalannya Darell Leiking yang berbangsa KDM adakah pada masa itu sokongan dari pemimpin Warisan yang berbangsa Bajau akan terus memberikan sokongan padu? Memandangkan kalau kita ikuti ucapan Ketua Wira Warisan Sabah dibawah, seolah olah parti Warisan itu dikhususkan untuk kaum Bajau?
Warisan juga mempropagandakan kononnya andai Bajau Suluk tidak menyokong atau mengundi parti Warisan di PRU yang akan datang maka dua kaum ini akan terhina. Terhina?
Sedangkan Shafie Apdal sendiri mengakui bahawa tanpa dasar UMNO yang terbuka untuk semua bangsa dia yang asalnya hina tidak akan berada di kedudukannya pada masa itu aka Naib Presiden UMNO dan Menteri di beberapa Kementerian. Klik link dibawah,
Dulu UMNO dipuji melangit oleh Shafie
Cukup cukuplah wahai pemimpin pemimpin Warisan, jangan anggap masyarakat ini bodoh politik. Jangan sempitkan pemikiran masyarakat Sabah umumnya dan khususnya masyarakat Semporna. Selama ini pun masyarakat Sabah berpolitik tanpa parti Warisan.
Benarlah bha kan parti Warisan pengamal politik perkauman dan tidak konsisten dalam perjuangan mereka.
Sedangkan sudah berdekad dan terbukti malah admin yakin Presiden Warisan Shafie Apdal tahu dimana hanya Parti BN yang mampu membela nasib semua kaum di negeri Sabah.
Parti BN yang menggubal Perlembagaan 153 demi kebaikan dan keadilan semua lapisan masyarakat. Iaitu Perlembagaan atau artikel 153 fasal 1 dan 2 :-
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
2. Perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (sumber)
Oleh sebab itulah besarlah harapan masyarakat umum Sabah agar jangan lagi ada individu yang terpedaya dengan taktik kotor Parti Warisan hingga sanggup memperalatkan kaum bangsa demi kepentingan diri mereka. Hakikatnya kepentingan semua kaum di negeri Sabah senantiasa dilindungi dan terjamin dibawah pemerintahan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Hakikatnya ramai Pemimpin Suluk asli anak tempatan Sabah seperti YB Datuk Jakaria Idris, YB Datuk Samsudin Yahya, YB Datuk Hj Tawfiq , YB Datuk Mijul tidak pun menyokong Warisan, malahan tetap mempertahankan UMNO/BN. Begitu juga yang ada campuran darah Suluk seperti YB Dsp Ghapur Salleh, YB DSP Syed Abbas Ali, YB Datuk Datu Nasrun semuanya adalah Pemimpin utama UMNO di kawasan masing-masing. Kalau dikira tanpa Parti Warisan pun, seorang Tokoh Pemimpin Suluk dilantik menjadi Yang DiPertua Negeri Sabah. Maknanya, Parti Warisan adalah Parti yang tidak releven dalam pembangunan masyarakat Suluk asli/tempatan Sabah. Parti Warisan hanya beretorik cuba memberi harapan palsu kepada segelintir golongan Suluk yg dapat ic dari rakan politik Parti Warisan iaitu Tun M, dizaman dia berkuasa dahulu. Dan hakikat ini, tidak sekali-kali dilupakan oleh masyarakat KDM Sabah. Parti Warisan pasti akan ditolak mentah-mentah oleh semua rakyat Sabah.
Berbalik pada kaum bangsa Bajau dan Suluk yang cuba diperalatkan oleh Warisan. Apa agaknya jawapan mereka untuk soalan dibawah,
Semasa Shafie berjawatan Ketua Bahagian UMNO Semporna, siapa dan berapa orang AJK Bahagian UMNO yang dia lantik dari kalangan kaum Suluk?
Berapa orang dari kaum Suluk yang menjadi kakitangan di pejabat Bahagian UMNO Semporna?
Berapa ramai pula orang Bajau yang dia lantik sebagai AJK lantikan Bahagian UMNO Semporna selain dari individu individu yang dia kenali, walhal mereka juga ahli UMNO dan jentera UMNO di daerah Semporna?
Dan siapa yang bertanggungjawab mengarahkan Pegawai Daerah Semporna pada masa itu agar Kampung Simunul dirobohkan?
Begitu juga dengan keberadaan Shafie ketika bersama BN, kenapa sewaktu bersama BN dan berkuasa dia tidak kononnya memperjuangkan nasib kaum kaum yang ada di Sabah dan kenapa hanya selepas dipinggirkan dari UMNO?
Itu admin belum bercakap dari konteks nasib ahli UMNO yang ada di Sabah umumnya dan Semporna khususnya semasa Shafie menjadi Ketua Bahagian UMNO dan Naib Presiden UMNO Malaysia. Admin percaya ramai dari mereka yang tidak mendapat pembelaan selain kroni dan kerabat.
Inilah sikap parti Warisan yang dipimpin oleh mereka yang tidak mengenal dan menghormati hak orang lain walaupun kelompok itu telah berjasa kepada mereka. Lupa diri bila kuasa sudah berada ditangan mereka.
Membuktikan agenda memperjuangkan nasib kaum yang ada di Sabah, khususnya Bajau Suluk bukannya agenda Parti dan agenda peribadi Presiden Warisan itu sendiri tapi hanyalah umpan meraih undi sekaligus kuasa yang akan memuaskan nafsu mereka. Seperti yang berlaku sebelum ini, kepimpinan Warisan terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan dana rakyat melalui Kementerian KKLW.
Sebaliknya kebanyakan pengikut atau jentera setia Warisanlah yang sebenarnya anti kaum Bajau Suluk walaupun mereka itu sendiri berbangsa Bajau Suluk dan setengah KDM yang menjadi ahli Warisan. Pelik bukan tapi itulah hakikatnya.
Admin boleh membuktikannya berdasarkan komen dari jentera dan penyokong Warisan yang menghina dan berbau perkauman. Dimana mereka melihat golongan Bajau Suluk atau kaum Suluk termasuklah diri Shafie Apdal sebagai Pilak. Lagi, mereka berpendapat mahu tidak mahu, mereka terpaksa berkawan dengan Pilak kerana tanpa undi dari golongan Pilak mustahil pembangkang mampu mengalahkan BN. Nampak tak, siapa cakap parti Warisan memperjuangkan Bajau Suluk? Kalau dihina dan menjadi kuda tunggangan pemimpin yang bakal berakhir, iya betullah, tidak dinafikan. Tapi sanggupkah?
Klik link ini Komen perkauman dari jentera Warisan
Untuk itu mari kita cabar parti Warisan secara politik. Sila tunjukkan agenda parti Warisan yang kononnya akan meletakkan kaum Bajau Suluk diatas, diatas kaum kaum yang lain dan dalam masa yang sama bagaimana pula dengan nasib KDM, Bugis dan sebagainya?
Adakah agenda Warisan itu nanti mampu mengatasi perlembagaan 153 diatas? Mari kita tunggu dan lihat.
#BNforSabahan
Reblogged this on JalinLuin.com and commented:
Admin tertarik pada satu artikel yang bertajuk “Suluk, Tausug Rakyat Sabah Juga Elakkan Ketegangan Kaum”. Ia ditulis oleh ahli atau penyokong Warisan yang bernama Zulfikar.
Pada hemat admin tujuan artikel berkenaan ditulis adalah untuk meraih simpati sokongan dari kalangan Bajau Suluk dengan berselindung di sebalik nasihat yang mengajak kepada perpaduan. Seolah olah selama ini BN lah yang mencetuskan ketegangan kaum di negeri Sabah yang melibatkan Bajau Suluk.
Berdasarkan pemerhatian admin juga, artikel itu ditulis selepas saudara Zulfikar terlibat dalam satu perdebatan
kecil di Facebook berkaitan isu Suluk atau Tausug. Dan jelas melalui komennya beliau akan memanipulasi perdebatan itu untuk menarik perhatian Bajau Suluk supaya nanti menyokong Warisan.
Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya, penyokong Warisanlah yang paling lantang mempersoal keberadaan Bajau Suluk, sekaligus cuba memperalatkan mereka.
LikeLike