Kalau benar DAP Sabah telah berjaya menyelesaikan masalah elektrik di pedalaman Tenom iaitu di Kampung Rayoh yang melibatkan 59 buah rumah. Maka mari kita ucapkan tahniah kepada mereka.

Kita sebagai masyarakat yang rasional tidaklah bersikap hipokrit terhadap mana-mana parti politik yang telah berjasa kepada masyarakat luar bandar khasnya.

Tapi itu tidak bermakna BN telah gagal menjaga Kebajikan masyarakat luar bandar Sabah. Hakikat nya BN melalui Kementerian KKLW telah memperkenalkan pelbagai program bagi menyelesaikan atau melengkapkan prasarana seperti bekalan letrik melalui BELB.

https://jalinluin.com/2017/11/29/bekalan-letrik-luar-bandar-belb-gagal/

Tapi sayang Menteri yang dipertanggungjawabkan pada masa itu gagal memikul tanggungjawabnya. Pun begitu hari ini pemimpin berkenaan telah menubuhkan satu parti baharu dan menjanjikan perubahan kepada masyarakat Sabah. Bikin ketawa!

Sepatutnya Parti Warisan wajib malu pada DAP kerana walaupun DAP berasal dari semenanjung tapi mereka ada sedikit kesungguhan membantu masyarakat Sabah. Tidak seperti Parti Warisan walaupun membahasakan diri mereka sebagai parti tempatan.

Tapi tiada satu pun kerja berkebajikan dan memberikan kesan yang berjaya dilaksanakan. Setakat janji bulan dan bintang melalui slogan Sabah Ubah jak kah? 😃

Sedangkan Parti Warisan ingin dikenali sebagai parti tempatan Sabah yang ingin menjadi tulang belakang Pakatan Harapan di negeri Sabah. Memang lucu!

Semasa mengetuai Menteri KKLW gagal memanfaatkan peruntukan yang berbilion, hari ini mengetuai Parti Warisan pun masih gagal memikul tanggungjawab seadanya parti pembangkang.

Paling pun ada yang ditayangkan pada masyarakat ialah record kerja semasa menjadi Menteri KKLW. Tapi bukankah itu hasil kebijaksanaan BN yang memperkenalkan program demi kebaikkan rakyat?

Lagi melucukan bila parti Warisan mewujudkan satu aplikasi bagi tujuan mengutip derma dari masyarakat.

Jadi benarlah luahan netizen sebelum ini, dia kata sebenarnya Parti Warisan tidak ada hati memperjuangkan hak-hak Sabah yang ada hanyalah perjuangan mengejar kedudukan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s