Laporan Polis Terhadap Presiden Warisan Oleh Jehik Basanu|Laporan Penuh

Rentetan Laporan Polis yang dibuat oleh pemimpin dan penyokong Warisan terhadap Datuk Anifah Aman.

https://jalinluin.com/2018/02/18/warisan-buat-laporan-polis-untuk-saman-anifah-aman/

Sebelum ini banyak kenyataan atau artikel dari keluarga terdekat Shafie Apdal yang menolak perjuangan Parti Warisan Sabah. Tidak terkecuali dari Adun Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal yang tegas mengingatkan masyarakat Sabah agar menolak perjuangan parti Warisan Sabah.

https://jalinluin.com/2018/02/06/jangan-cuba-cuba-menukar-kerajaan-bn-yusof-apdal/

Kelmarin tiba giliran Setiausaha Politik kepada Datuk Anifah Aman yang juga keluarga terdekat Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Datuk Jihek Bin Hj Basanu adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman dan beliau berbangsa Bajau Suluk dari Semporna telah membuat laporan Polis terhadap Presiden Warisan.

Laporan Polis ini telah membongkar kedangkalan atau muslihat parti Warisan dan ini juga membuktikan bahawa Datuk Anifah Aman tidak mengamalkan politik perkauman dan kekitaan seperti mana sikap pemimpin dan penyokong Warisan yang percaya parti Warisan adalah parti untuk kaum Bajau sahaja. Kerna Datuk Jehik itu sendiri adalah keluarga terdekat Shafie Apdal dan berbangsa Bajau Suluk.

Dengan demikian tidak kah masyarakat Sabah yang ada diluar sana terfikir, sedangkan keluarga terdekat Shafie Apdal tidak menyokong perjuangan parti Warisan Sabah. Adakah kamu lebih bijaksana dari mereka. Tepuk dada dan berfikirlah secara waras, jangan selamanya tolol! Hemmm

Dan tidak kah juga masyarakat terfikir siapa sebenarnya yang memberikan maklumat pada Datuk Anifah berhubung status Shafie Apdal.

Bha ikuti kenyataan penuh laporan Polis yang dibuat oleh Setiausaha Politik Anifah Aman keatas parti Warisan, Shafie Apdal.


Pada 14.2.2018 semasa saya melayari Internet saya telah membaca artikel-artikel berkenaan laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Parti Warisan Sabah encik loretto padua Junior terhadap Datuk Seri Anifah Haji Aman

Berdasarkan maklumat yang telah dibekalkan dalam artikel artikel tersebut, laporan polis tersebut dikatakan adalah berkenaan ucapan Datuk Seri Anifah dalam satu program tahun baru Cina di Kota Kinabalu pada 09hb February 2018.

Saya membuat laporan polis ini kerana tidak bersetuju sama sekali dengan laporan yang diberikan oleh saudara Loretto Padua dan berasa amat marah serta tersinggung dengan kenyataan saudara Loretto dan juga bagi pihak Datuk Seri Anifah kerana bimbang mengenai keselamatan beliau, keluarga serta pekerja-pekerja beliau disebabkan oleh laporan yang telah dibuat oleh Parti Warisan Sabah yang mana laporan tersebut mengandungi kenyataan yang cuba secara niat jahat memutarbelitkan ucapan Datuk Seri Anifah dan membangkitkan isu-isu perkauman yang bersifat hasutan.

Ucapan Datuk Seri Anifah hanya berniat untuk menyeru para hadirin memastikan bahawa Sabah mesti diterajui dan ditadbir oleh orang Sabah sendiri tanpa mengira kaum bangsa atau agama dan bukannya diterajui dan ditadbir oleh orang luar. Ucapan ini hanyalah untuk menyatukan rakyat Sabah, demi keselamatan generasi dan Warisan kita.

Pada masa itu kata-kata, konteks, nada dan niat ucapan Datuk Seri Anifah Aman antara lainnya untuk membuat perbandingan antara objektif kumpulan MySabah dan Parti Warisan khususnya. MySabah bertindak untuk menuntut supaya hak hak Sabah dibawah undang undang Malaysia dilaksanakan sepenuhnya. Sebaliknya, objektif parti Warisan secara harfiahnya kelihatan seperti menuntut hak-hak pentadbiran, seolah olah hak hak itu diwarisi dari keturunan nenek moyang seseorang. Datuk Seri Anifah menegaskan bahawa hak-hak tersebut, bukanlah hak yang boleh diwarisi dari keturunan seseorang. Oleh yang demikian inilah perbezaan yang diutarakan di antara Parti Warisan dan kumpulan May Sabah datuk seri anifah aman tidak menghasut atau untuk membangkitkan isu-isu sensitif.

Sehubungan itu kata-kata, konteks nada dan niat ucapan datuk Anifah tidak sekali-kali mengandungi niat jahat atau niat Menghasut. Perkataan, konteks dan nada semuanya dibuat dengan niat baik ikhlas dan untuk menjawab soalan umum mengenai hak-hak Sabah

Jika Parti Warisan teguh dengan pendirian mereka untuk menuduh Datuk Anifah cuba untuk menyebarkan fitnah dan menghasut kebencian terhadap Parti Warisan. Maka Di sini saya jelaskan bahawa kata-kata tersebut disebut dengan suci hati dan ucapan Datuk Anifah itu adalah berkaitan dengan soalan dari umum. Selain itu ucapan beliau juga merupakan komen yang tidak bias dan adil dan bercirikan persoalan kepentingan dan kepentingan umum, adalah komen yang adil (fair comment)

Selain itu tidak pernah semasa ucapan Datuk anifah ada panggilan untuk Menghasut gangguan-gangguan atau rusuhan awam terhadap mana-mana orang kumpulan atau organisasi. Lebih-lebih lagi tidak ada kata-kata yang dimaksudkan dikira direka atau mampu untuk menjengkelkan mana-mana orang, kumpulan atau organisasi

Saya juga ingin menegaskan bahawa kandungan nombor laporan polis LUYANG/000670/18, PAPAR/000854/18 RANAU/000530/18, TAWAU/003044/18 dan semua laporan lain yang berkaitan, mengandungi kenyataan yang tidak benar dan disengajakan yang mana laporan ini jelas mengandungi penipuan, mengelirukan dan salahguna terhadap sistem Keadilan serta mencederakan reputasi Datuk anifah Aman. Saya juga nyatakan bahawa terdapatnya fakta yang salah dalam laporan itu dan orang yang membuat no laporan polis, LUYANG/000670/18, PAPAR/000854/18 RANAU/000530/18, TAWAU/003044/18 dan semua laporan lain yang berkaitan perlu disiasat di bawah Seksyen 177 dan 182 Kanun keseksaan.

Saya berharap pihak polis serta pihak berkuasa yang berkaitan dapat menyiasat perkara ini secara khususnya berkenaan cubaan parti Warisan untuk memberi interpretasinya sendiri kepada ucapan Datuk Seri anifah dan yang secara langsung berunsur fitnah jenayah dan atau merupakan laporan palsu yang dibuat demi kepentingan politik

Di sertakan salinan CD bukti untuk tindakan selanjutnya.

Sekian laporan saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s