Warisan Berkerjasama Dengan PH – Terence Siambun (Edisi Kantoi)

Kemunafikan Warisan terburai, terkantoi!

Akhirnya dan secara rasminya tembelang Warisan terbongkar terburai kerana sebelum ini Parti Warisan yang diketuai oleh Shafie Apdal bertegas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti daripada Semenanjung, kerana menurut Shafie kerjasama itu nanti hanya akan mengongkong tuntutan yang akan dikemukakan berdasarkan perjanjian 1963 atau perjanjian Malaysia. Kononnya!

Tapi hari ini secara terang-terangan Naib Presiden Warisan yang juga Bendahari Agung, Terence Siambun. Menyatakan hasrat mereka yang ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan malah sanggup menjadi tulang belakang Pakatan Harapan di Sabah.

http://www.astroawani.com/berita-politik/warisan-mahu-ketuai-kerjasama-dengan-ph-di-sabah-167703

“Saya tidak melihat kami ada isu berhubung perkara itu. Seperti yang presiden parti nyatakan kita bersama-sama terlibat dalam perjuangan di Sabah”

“Kita juga sentiasa menekankan kepada rakyat bahawa kita menyokong PH di Malaysia dan di Sabah kita akan memainkan peranan sebagai tulang belakang,” kata Terence Siambun semasa berkempen di Tamu Dogonggon, Penampang.

Sekali lagi Terence Siambun menegaskan bahawa Warisan tidak ada halangan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan mereka menolak spekulasi bahawa parti itu enggan bekerjasama dengan PH.

Warisan kata spekulasi? seolah-olah masyarakat Sabah ini bodoh, penipu memandangkan sebelum ini masyarakat Sabah lah yang lantang bercakap berhubung kerjasama itu. Tapi dinafikan oleh Presiden Warisan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan parti-parti daripada Semenanjung.

Come on lah janganlah hipokrit. Jangan Munafik jangan lagi tambah kemunafikan sebelum ini yang cuba memperalatkan agama Kristian. Hari ini tanpa segan dan malu Warisan menawarkan diri ingin bekerjasama dengan parti yang bertapak di Semenanjung.

Memang ini Warisan tidak boleh pakai ohh, cakap tidak serupa bikin.

Secara politiknya ini adalah kemenangan besar jentera BN Sabah yang selama ini bertungkus-lumus mendedahkan adanya kerjasama di antara Parti Warisan dengan Dr Mahathir aka PPBM.

Dibawah adalah dua bukti jelas yang Warisan adalah parti yang hipokrit, kononnya tidak mahu berkerjasama tapi hari semuanya berubah, ibarat meludah ke langit.

https://jalinluin.com/2017/05/16/alasan-warisan-tidak-berkerjasama-dengan-parti%c2%b2-dari-semenanjung/

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: