Sudah pun Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman menjelaskan bahawa kehadiran wakil israel di forum bandar sedunia yang KE-9 (WUF9) adalah atas undangan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu atau UN Habitat dan bukannya kerajaan Malaysia.
Datuk Anifah Aman juga menjelaskan bahawa surat jemputan tidak ditandatangani oleh mana-mana pegawai Malaysia sebaliknya ditandatangani oleh pengarah eksekutif United Nations Habitat selaras perjanjian negara penganjur yang dimeterai antara organisasi berkenaan dan Malaysia.
Beliau juga menegaskan bahawa pendirian Malaysia terhadap status israel tidak berubah jadi sebarang kenyataan provokasi dari pihak luar atau membangkang adalah berniat jahat untuk memburukkan Malaysia.
Pihak pembangkang kena faham negara israel itu juga adalah anggota PBB yang berhak mengikuti semua program yang dianjurkan oleh PBB. Kita sebagai rakyat atau negara Malaysia tidak ada kuasa atau berhak menghalang negara israel menyertai program yang dianjurkan oleh PBB itu sendiri.
Kecualilah Malaysia bukan lagi anggota PBB. Jadi kalau benar sangatlah pembangkang membenci israel draft manifesto pilihanraya bahawa andai menang maka Malaysia akan dikeluarkan dari PBB.
Ada berani?
Betullah pihak pembangkang ni semua perkara mereka politikkan walaupun mereka tahu dan sedar perkara yang mereka sorong itu sebenarnya berada diluar kemampuan negara kecil Malaysia.
Pembangkang mahu rakyat Malaysia ini membenci kerajaan BN. Ini saja matlamat mereka.
Dengarkan saja pendapat Pengerusi biro antarabangsa parti Amanah, Raja Kamarul. Dia berpendapat adakah Malaysia menurut langkah Arab Saudi yang ada hubungan sulit dengan negara haram israel hingga memungkinkan sekumpulan diplomat negara zionis itu memasuki Malaysia.
Amanah juga mendakwa kononnya Malaysia telah hilang kedaulatan dan menjadi Pak turut kepada negara kaya seperti Arab Saudi dan China.
Untuk apa Amanah berpendapat atau membuat andaian yang sedemikian, sedangkan itu hanyalah andaian semata-mata? Selain untuk mengajak sama agar rakyat Malaysia membenci pemerintahan BN.
Jadi pada masyarakat pandai-pandailah kamu menilai siapa sebenarnya pembangkang, adakah tujuan mereka mengkritik untuk kebaikan atau apa dia.
Silap-silap pembangkanglah yang paling rapat dengan rejim israel. Cuba kamu tanya pihak pembangkang dimana pelaburan terbesar israel di Malaysia, mana lagi kalau bukan di Pulau Pinang.
Juga kalau menurut sumber dari sabahkini2 jelas Pengarah UN Habitat Malaysia, Maimunah Sharif adalah bekas Datuk Bandar Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Jadi?
Kita kena akui di zaman ini tidak ada perkara duniawi yang boleh dipisahkan dari bangsa israel kerana mereka adalah aktor dunia yang sangat licik.
Tiru macam penyokong BN ni bila tidak mengiktiraf kewujudan negara israel, maka kapital yang sepatutnya digunakan untuk kalimat israel tidak digunakan sebaliknya menggunakan huruf kecil.
Bukan macam pembangkang tu berdegar-degar aka berkobar-kobar menafikan kewujudan negara israel tapi bila mengeja israel mereka menggunakan huruf besar seolah-olah membesarkan negara Israel. Cakap sahaja yang besar. Kidding aside 🤓
Jalinluin…………saya sudah tidak lagi baca apa kamu tulis dalam dan MASUK blog kamu. Cukup takat baca tajuknya dalam bloglist orang lain. Sekarang kamu sudah sound like HUSSIN LEMPOYANG, ROCKY BRU & OTHERS.
Baca tajuk pun sudah mahu muntah.
Ptutlah blog kamu kosong without visitors.
LikeLike