Salleh Said
Peruntukan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyat, namun kebebasan tersebut tidaklah ‘mutlak’. Namun Parlimen juga mempunyai hak untuk menetapkan had kebebasan bersuara berdasarkan keperluan dan kepentingan negara seperti keselamatan negara dan orang awam, mengawal penyebaran fitnah, melarang persoalan mengenai kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, dan kedudukan dan hak stimewa Melayu dan Bumiputera.
undang-undang ini bukanlah baharu, tetapi wujud sejak begitu lama dan bukan semasa zaman perdana menteri sekarang. akan kerajaan sekarang pula yang dikatakan tidak bebas menyekat kebebasan bersuara.
Dahulu, kerajaan menjustifikasikan had kebebasan ini perlu untuk mengawal perpaduan rakyat disebabkan kemajmukan masyarakatnya, bagi menjamin kestabilan negara, dan bagi menghalang penyiaran laporan-laporan yang boleh memberi imej buruk tentang negara. Tetapi sekarang ini, jika kerajaan mengenakan kawalan, mereka yang dahulunya menjustifikasikan sekatan dengan sebab di atas berhujah pula kerajaan menyekat kebebasan bersuara. Inilah yang tidak betulnya apabila kita mempolitikkan semua perkara untuk tujuan politik.
<bagaimana boleh kita katakan kerajaan sekarang menyekat kebebasan bersuara jika pembangkang masih bebas menulis blog mengkritik kerajaan, menerbitkan portal berita yang anti-kerajaan, dan membenarkan akhbar media sosial terus beroperasi?
Kerajaan tidak menyekat kebebasan bersuara rakyat jika ia hanya sekadar hal-hal mengkritik kerajaan atau berbeza pendapat tetapi yang dipantau ialah berita-berita fitnah, berita perkauman, berita yang menjejaskan keselamatan negara, dan berita yang melanggar undang-undang negara. Ada perbezaan di antara kebebasan suara dan menghormati undang-undang negara. Begitulah sikap kerajaan tentang kebebasan bersuara sekarang.