1. Slogan Sabah For Sabahan hanya sesuai untuk pihak yang totally menuntut Sabah keluar dari Malaysia dimana ia dijalankan melalui kutipan suara atau memorendum. Bukannya terlibat dalam pergolakan politik nasional dan berharap akan mendapat jawatan Ketua Menteri Sabah melalui proses pilihanraya. Poyoh!

2. Alsebab itulah perjuangan slogan Sabah for Sabahan yang tidak melalui memorendum khas, hanyalah merupakan retorik politik, bertujuan mengelirukan orang orang Sabah demi kelangsungan pemimpin yang sikit hari lagi akan hilang dari peta politik Sabah. Mereka sanggup mengorbankan keharmonian kaum demi kuasa kuasa dan kedudukan.

3. Kerana itu kita sebagai masyarakat Sabah yang majmuk sewajarnya bersetuju dengan kenyataan tegas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Zahid Hamidi, semasa mengingatkan pihak berkenaan.

4. Naib Presiden UMNO Malaysia, Zahid Hamidi semasa merasmikan persidangan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Menegaskan berdasarkan undang-undang bahawa jangan ada pihak yang bermain api dengan menghasut rakyat menggunakan slogan Sabah untuk Sabah dan Sarawak untuk Sarawak.

5. Timbalan Menteri menegaskan perbuatan itu adalah satu kesalahan yang amat serius dan mereka boleh dikenakan hukuman berat.

6. Beliau menambah perbuatan sedemikian hanya menyebabkan rakyat Malaysia menanggung derita akibat permainan dan akhirnya mengundang campur tangan asing pada masa depan. Lihat saja komen semasa dari penyokong penyokong parti pembangkang seperti Warisan dan Gabungan, penuh dengan rasa kebencian pada masyarakat Melayu yang berasal dari Semenanjung. Tidak terkecuali keatas masyarakat Sabah itu sendiri hanya kerana mereka menyokong parti seperti UMNO dan kompenan PH. Menjengkelkan!

7. Katanya lagi, tindakan pihak berkenaan yang menghasut rakyat dengan slogan itu cukup bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

8. Kesimpulannya ingatan pada pemimpin dan penyokong parti pembangkang tempatan Sabah yang totally beretorik dengan perjanjian 1963. Mereka hanya ada dua pilihan. Sama ada berpolitik mengikut perkembangan arus perdana atau bertindak menjalankan pungutan suara(memorendum) pada semua lapisan masyarakat Sabah dan selepas itu dikemukakan kepengetahuan PBB lalu diadili mahkamah tribunal antarabangsa. Ada berani?

9. Pun begitu andai pembangkang merasakan mereka cukup kebal dan perbuatan mereka disokong oleh majoriti rakyat Malaysia umumnya dan khasnya masyarakat Sabah, nah dipersilakan terus beretorik dengan slogan slogan yang tidak mendatangkan manfaat tu. Tapi ingat, sendiri buat sendiri tanggunglah.

10. Satu lagi jangan ingat kerana amaran ini, kamu pembangkang merasakan diri kamu sudah kuat hingga kononnya mampu menggugatkan BN. Tolong sikit, ini soal keharmonian kaum bukannya modal pilihanraya.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang #tolakwarisan

4 thoughts on “Menyokong Amaran TPM Zahid – Slogan Sabah Untuk Sabah

  1. Saya tak faham, apa yang kamu nak sampaikan.
    Adakah ini bermakna semua orang SULU dan INDON berhak menjadi rakyat Sabah….????
    Adakah kamu merestui pemberian IC kepada semua pendatang harem………..????.

    Like

  2. Jadi, anda di pihak mana Jalin Luin/critical..mahu Sabah for Sabahan atau
    Sabah for all including Paki, Indon,Bangla, Sulus and Filpinos…………………???????

    Like

    1. Dunia milik Allah dan Perlembagaan Malaysia/Dunia membenarkan orang luar menjadi Warganegara.

      Pada saya siapa pun warga itu ia tidak menjadi jalanan untuk duduk dalam satu negara. Asal mereka tahu menghormati hak orang lain, yang telah ditentukan oleh perlembagaan atau rasa hormat sesama manusia. Bahasanya mudah jangan ambil hak orang lain lepas itu letakkan hak pada tempatnya.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s