Wang RM19.97 Juta Dari Skandal JANS Dilucutkan

MAHKAMAH Tinggi Kota Kinabalu semalam memutuskan untuk melucut hak wang tunai sejumlah RM19.97 juta daripada RM21.78 juta yang disita dalam Op Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 4 Oktober tahun lalu.

SPRM dalam kenyataan berkata, ia diputuskan Hakim Datuk Nurcahaya Arshad selain mengarahkan wang berkenaan diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

Dalam prosiding itu, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman, Mohd Farez Rahman dan Rozanna Abdul Hadi.

Sementara, perbicaraan untuk memutuskan pelucutan hak baki wang yang disita sebanyak RM1.8 juta ditetapkan pada 13 Disember ini.

Katanya, Op JANS berjaya membongkar satu kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan hampir semua pegawai di JANS dengan rampasan wang tunai terbesar di negara ini sejak penubuhan SPRM. Pada fasa pertama operasi yang dilancarkan, pasukan penyiasat merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM53 juta daripada dua suspek yang ditahan.

Sementara itu, fasa kedua pada Januari lalu, SPRM turut menahan 35 Ketua Bahagian dan Daerah JANS bagi membantu siasatan penyelewengan dana infrastruktur jabatan itu,” katanya.

Menurutnya, susulan operasi fasa kedua itu, SPRM sudah membuka 10 kertas siasatan. Selain itu, SPRM turut memfailkan pelucutan hak wang rasuah yang disita berjumlah kira-kira RM21.78 juta mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 kepada Mahkamah Kota Kinabalu.

Kejadian ini perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak untuk memastikan kejadian penyelewengan sebegini tidak berulang dan berlaku di mana-mana agensi lain. SPRM memandang serius perkara sebegini yang boleh membantutkan pembangunan negara sekali gus menyebabkan kerugian kepada kerajaan serta sengsara kepada rakyat akibat penyelewengan peruntukan yang disediakan tidak sampai kepada mereka,” katanya
Sumber Harian Metro


Selepas ini apa lagi tuduhan yang akan dilemparkan oleh pembangkang. Memandangkan sebelum ini mereka suka memainkan isu JANS atau menimbulkan polemik kononnya sekarang wang yang dirampas itu berada dimana? Nah sudah pun terjawab!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: