Tindakan Sivil Keatas Harta dan Bukannya Individu – Tom Goldstein

1. Hari ini kebenaran telah membongkar fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang. Sebelum ini pembangkang telah melemparkan tuduhan kononnya PM Najib Razak telah melesapkan wang rakyat melalui syarikat kerajaan 1MDB.

2. Pembongkaran yang dimaksudkan apabila Tom Goldstein yang merupakan seorang peguam berpengalaman di mahkamah Agung Amerika berkata, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat atau DOJ hanya memfailkan tuntutan Sivil iaitu tindakan perlucutan hak keatas pemilikan aset yang mungkin sumbernya dari 1MDB.

3. Dengan kata lain DOJ hanya mengenakan tindakan perlucutan hak melalui akta Sivil terhadap harta yang dikaitkan dengan totally dari 1MDB dan bukannya tindakan undang-undang terhadap individu apa lagi pemilik 1MDB iaitu kerajaan Malaysia. Faham kan?

4. Seperti yang dikemukakan oleh pihak DOJ sebelum ini dimana mereka akan merampas aset yang ada kaitannya dengan 1MDB. Tapi Kenyataan DOJ itu telah diputar belit oleh pembangkang kononnya selepas DOJ merampas aset berkenaan maka tindakan undang-undang akan diambil keatas Perdana Menteri Malaysia. Hemmm

5. Tambah Tom Goldstein, adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa Amerika telah mengambil tindakan sivil terhadap individu yang berkaitan dengan 1MDB.

6. Itu bermakna jika didapati aset yang dirampas itu bukannya dari penyelewengan maka harta itu akan dipulangkan balik pada pemiliknya.

7. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah mengenai litigasi jenayah di Amerika Syarikat yang bertempat di Universiti Teknologi MARA hari ini

8. Hakikatnya tindakan perlucutan Sivil akan terus berlaku di Amerika Syarikat. Selagi ada prospek yang mencurigakan iaitu perbelanjaan yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh negara itu.

9. Bahasa mudahnya apapun atau siapa pun yang berurusniaga di Amerika tapi kalau tidak mengikut peraturan maka pihak itu akan berhadapan dengan tindakan undang-undang, walaupun pada hakikatnya mereka menggunakan wang atau dana yang tidak mencurigakan. Nampak?

10. Walaubagaimanapun kerana sikap pembangkang yang tidak mengenal erti malu maka sekali lagi mereka menegakkan benang yang basah. Dicanang kononnya Peguam Tom Goldstein itu bukannya peguam kerajaan tapi peguam swasta.

11. Isunya kalau pun Tom Goldstein itu Peguam Swasta seperti mana Govind Singh dan lain lain, jadi apa juga masalahnya? Bukankah Tom Goldstein seorang Peguam sivil dan memandangkan beliau warga Amerika maka sudah tentu beliau arif akan undang America itu sendiri. Berbanding pemimpin pemimpin pembangkang yang ada di Malaysia walaupun pada hakikatnya mereka juga peguam?

12. Akhirnya dengan kenyataan rasmi dari Peguam Amerika lagi biasa bertugas di Mahkamah Agung Amerika, maka bolehlah selepas ini dianggap skandal 1MDB sudah berakhir.

#BNforSabahan

One thought on “Tindakan Sivil Keatas Harta dan Bukannya Individu – Tom Goldstein

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s