Masyarakat Bajau Suluk Tanya Mana Sabah Ubah, Apa Yang Berubah, Kami Bukan Binatang (Video)

Masyarakat Bajau Suluk yang terbabit dalam kebakaran rumah di Kampung Gas, Batu Sapi Sandakan pada Jun 2018 menagih janji Parti Warisan yang mereka undi pada pilihan raya umum ke-14.

Pada 09hb Mei 2018 parti Warisan memenangi Parlimen Batu Sapi. Pada Jun 2018 Kampung Batu Gas terbakar.

Walaupun video ini sudah berusia empat tahun tapi kekecewaan pengundi berlaku semasa Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah. Justeru perlu di highlight sekaligus menjadi peringatan dan menyedarkan masyarakat diluar sana agar jangan lagi percaya pada politik Warisan dan jangan lagi mengundi mereka pada pilihan raya yang akan datang.

Yang rugi kelak mereka juga sebaliknya yang untung dan bergaya hanyalah kroni kepimpinan Warisan.

Kamu tahu juga kan pasal projek gajah putih dan jawatan utama dalam agensi kerajaan yang disusun rapi semasa Presiden Warisan menjadi Ketua Menteri Sabah? menyebabkan parti Warisan tersungkur dalam pilihan raya umum 2022. Dimana Warisan hanya mampu mengekalkan tiga dari lapan kerusi Parlimen yang dimemenangi dalam pilihan raya umum 2018.

Itu yang hari ini Warisan mendapat jolokan “tiga ketul”.

Malang benar bagi rakyat Sabah yang mengundi Warisan pada pilihan raya umum 2018. Ini kerana kekecewaan seperti mana kenyataan makcik dalam video ini. Dinafikan sekeras kerasnya oleh pihak Warisan, kononnya ia bukan lagi tanggungjawab pihak Warisan. Sedangkan rakaman dibuat semasa Warisan menjadi kerajaan negeri iaitu sekitar akhir tahun 2019.

Waktu itu ada masa dua tahun tapi kerajaan Warisan tidak membina semula rumah kebakaran sedangkan ia adalah janji pilihan raya dan calon Warisan waktu itu telah diundi.

Undi sudah dibagi tapi janji tinggal janji. Hari ini pihak Warisan tanpa rasa bersalah dan malu mengkritik kerajaan GRS seolah oleh kerajaan Warisan telah berjaya memikul tanggungjawab sebagai kerajaan dan berjaya menunaikan janji-janji mereka dalam pilihan raya.

Saya kutip kenyataan makcik berkenaan.

Warisan janji Sabah nak ubah, sekarang sudah dua tahun mana yang dia ubah.

Muka tak muncul, tak datang, tak tengok kami.

Kami bukan binatang mau di simpan dalam kontena, manusia.

2 thoughts on “Masyarakat Bajau Suluk Tanya Mana Sabah Ubah, Apa Yang Berubah, Kami Bukan Binatang (Video)

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading