Najib Hancing Hutang Felda (Video Kaw Kaw)

Ini ha Najib meroyan lagi ni, lagak Najib sejak mutakhir ini tidak lagi menggambarkan dia seorang pemimpin yang patut dihormati, tapi dah macam perangai laskar maling aka cybertroper UMNO pula dah.

Yang penting berbunyi walaupun tidak bersambung dengan isu yang berbangkit dan mengena batang hidung pemimpin UMNO. Penafian dibuat secara semborono walaupun nyata membohong sedangkan itu hanyalah merendahkan martabat dan keintelektualan mereka.

Najib semasa berkempen untuk Pilihan Raya Negeri Johor, membohong lagi dia mendakwa mantan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin a tidak menyelesaikan hutang peneroka tetapi hanya memindahkan hutang kepada Felda.

Betullah tu Najib oiii peneroka ni adalah peserta dalam rancangan Felda. Sebagai peneroka mereka tidak lagi dibebani hutang kerana hutang mereka akan ditanggung oleh agensi Felda. Selesailah namanya tu alahai Najib mangkuk.

Mari dengarkan jawapan mantan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dakwaan Najib itu. Apa sebenarnya yang berlaku dalam FELDA, khususnya semenjak Najib memegang jawatan Perdana Menteri.

Ternyata Najib mencampuri pentadbiran Felda, tidak hairanlah kenapa Felda atau anak syarikat FELDA sejak zaman kerajaan BN sering mengalami kerugian, terutamanya pelaburan anak syarikat FELDA di luar negara, ia lebih kurang skandal 1MDB jugalah.

Masih ingat skandal Isa Samad bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dihadapkan ke mahkamah kerana menyalahgunakan kedudukan selaku Pengerusi Felda?

Ada Yang Kata Mengkritik Maling Najib Bererti Dengki, Betulkah? (Video Kaw Kaw)

Penyokong tegar UMNO sengaja mendakwa pihak yang mengkritik atau “memuji” Najib Razak kerana mencuri wang rakyat dalam skandal yang Si 1MDB dan SRC sebagai kononnya mendengki. Ada pula yang mendakwa ini kerana dua skandal ini telah lama atau sudah basih.

Mendengki dan basih apanya mangkuk, sebaliknya kamulah yang sebenarnya mendengki, dengki sebab kiranya UMNO dan Najib di tolak oleh majoriti rakyat maka pasti masa depan kamu orang akan berkecai. Sekarang ini pun walaupun hujan rahmat yang turun tapi boleh dalam sekelip mata bertukar menjadi bencana. Namun masih ramai yang buta hati dan sengaja mempertahankan pemimpin-pemimpin UMNO yang kantoi mencuri.

Seolah-olah pernah wujud rakyat di muka bumi ini yang walaupun mereka tahu ketua mereka tidak lagi amanah dan terpalit dengan skandal pembunuhan tapi tetap memberikan sokongan. Celakalah mereka!

Pertanyaannya adakah menjadi satu kesalahan pada pihak yang mempersoal kewibawaan Najib sebagai pemimpin memandangkan Najib akan terlibat secara langsung dengan dasar kerajaan sedangkan kredibiliti dan integriti Najib sudah lunyai?

Bha tanpa membuang masa dengarkan dulu luahan rasa netizen ini. Adakah benar mengkritik Najib Razak bererti anda mendengkinya atau kah mengkritik Najib sudah menjadi kewajipan kepada setiap warganegara Malaysia. Dengarkan!

Luahan Hati Pak Ali Selepas Dipukul Oleh Jentera UMNO – PRN Johor (Video)

Kamu dengarkan ni tuan dan puan-puan UMNO ni bukan hanya sudah rosak diperingkat pimpinan tertinggi kerana mencuri wang rakyat seperti yang dihadapi oleh Najib Razak hingga dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Persekutuan dan Rayuan kerana kantoi mencuri wang rakyat dalam skandal SRC.

Mencuri secara terang-terangan tuan-tuan dan puan-puan ini yang kita amat kesalkan. Kalau berlaku disebalik projek ia tidak ada masalah kerana ia adalah proses biasa dalam perniagaan dan rakyat faham proses ini. Tapi apa yang dilakukan oleh Najib Razak dan kuncu-kuncunya adalah sebaliknya.

Pergilah tonton rakaman video diatas bagaimana Pak Ali yang ikhlas memperjuangkan mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atau Perikatan Nasional (PN) dipukul dibuli oleh jentera UMNO.

Bendera PN yang dipasang berulang kali dicabut oleh jentera UMNO. Bila kantoi, Pak Ali di pukul di bahagian lengan. Cuba fikirkan dan cuba rasakan andai kejadian ini berlaku terhadap diri anda atau ahli keluarga anda.

Perbuatan samseng politik memang tidak boleh dipisahkan dengan UMNO. Budaya ini tidak ada di Sabah dan Sarawak, kalaupun ada ia dilakukan oleh penyokong UMNO itu sendiri.

Padan lah UMNO diharamkan di bumi Sarawak.

Yang menggeramkan ada pula di kalangan jentera parti UMNO dari luar Johor yang mendakwa Pak Ali berlakon, memang kurang ajar manusia manusia celaka berkenaan.

Tidak cukup dengan perangai jahat mempertahankan pemimpin UMNO yang kantoi mencuri, sekarang sanggup pula memperlekeh nasib malang yang menimpa rakyat biasa.

Benarlah diandaikan totok totok UMNO dibagi pilihan sama ada parti UMNO atau agama Islam besar kemungkinannya mereka akan memilih parti bangsat ni.

Pada Sabahan kita buang UMNO dari bumi Sabah pastikan azam ini menjadi kenyataan. Bebaskan Borneo dari parti UMNO.

Kerajaan Sudah Bayar RM13.3 Bilion Hutang 1MDB Guna Duit Rakyat

Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini telah pun berjaya membayar sebanyak RM13.3 bilion hutang 1MDB dan kita maklum ia adalah wang rakyat Malaysia yang kalau digunakan dengan sebaiknya, boleh digunakan untuk membina prasarana dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat, khususnya rakyat Sabah yang sekian lama dikawal oleh UMNO tapi sangat sedikit manfaat yang dikecapi.

Rakyat yang berhempas-pulas membayar cukai pendapatan, membayar keuntungan Bank Bank. Namun wang yang berjaya dikutip itu terpaksa digunakan untuk membayar hutang yang diseleweng oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak dan kuncu-kuncunya.

Betul-betul celaka puak ni. Waktu kecil tidak mampus sudah besar menyusahkan semua orang.

Ha pergi baca Link di bawah terutamanya laskar UMNO dan pemimpin UMNO sendiri, lepas itu cuba buka mata tu luas luas, jangan sampai kuburan kamu orang dikencingkan di siang hari oleh generasi yang akan datang dan tubuh kamu orang dijadikan bahan bakar api neraka.

Sepatutnya kalau sudah kantoi tu, jagalah adab, ajaklah semua orang berkawan ini tidak sesiapa yang tidak sehaluan atau enggan bersekongkol dengan Najib Razak maka mereka akan diajak bermusuh.

https://m.malaysiakini.com/news/613425

Najib Minta Zety Berbohong Pasal Wang Rakyat 2.6 Bilion

Semakin kuat Najib berbohong untuk mengelirukan rakyat, walhal mahkamah telah mendapati dia bersalah kerana menyeleweng wang rakyat dalam skandal SRC.

Perlu diingat SRC adalah anak syarikat 1MDB. Ertinya wang yang ada disana tetap wang yang sama.

Namun Tuhan sentiasa ada dan sememangnya tidak buta.

Hakikatnya sejak daripada awal lagi Najib telah terburai dimana bekas Gabenor Bank Negara dalam pendedahan. Mendedahkan bagaimana Najib mendesak beliau supaya membuat kenyataan yang bertentangan berhubung wang rakyat 2.6 bilion.

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz menolak dakwaan bahawa beliau menyedari tentang RM2.6 bilion dalam akaun Ambank Najib sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13) tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.

“Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan ini adalah salah. Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas penangkapan Najib.

Zeti juga mendakwa bahawa pada 3 Julai 2015, beliau dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya apabila skandal itu meletus.

“Dia meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung akaunnya itu.

“Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai urusan dalam akaunnya,” katanya.

Menurut Zeti, seorang menteri kabinet, yang tidak namakan, juga membuat permintaan yang sama dan beliau memberitahunya keputusan yang sama.

Bekas gabenor bank pusat itu mengulas dakwaan Najib dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, yang berkata Zeti menyedari mengenai transaksi itu tetapi tidak mempersoalkannya.

“Jika Bank Negara tahu tentang dana ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan tentang sumbernya, mereka patut beritahu saya.

“Tetapi ia tidak berlaku. Jadi saya menyangka ia tiada masalah,” katanya dalam wawancara itu.

Ditanya sekali lagi sama ada Zeti tidak membangkitkan sebarang amaran, Najib menjawab: “Tidak, tiada maklum balas daripada Bank Negara. Saya sangka semuanya baik.”

3 Kenyataan Gempar Leissner Pada Perbicaraan Kes 1MDB Di New York

Skandal 1MDB tidak pernah menjemukan pembaca. Selain membawa keruntuhan kerajaan Barisan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, ia juga turut membawa aib kepada ramai orang yang terpalit dengan rompakan wang rakyat Malaysia terbesar di dunia dianggarkan AS$6.5 bilion (lebih RM26 bilion).

Ceritanya (plot utama) ialah mengenai tiga lelaki berkelulusan tinggi, memegang jawatan menjadi idaman ribuan orang, bersekongkol dengan beberapa pemimpin politik dan pentadbir awam dan swasta merompak wang pelaburan rakyat Malaysia.

Oleh kerana mereka tidak bermoral dan percaya wang menguasai semua, cerita-cerita sampingan (sub-plot) di mana personaliti berkait dengan watak-watak utama turut menggemparkan cerita berepisod ini.

Itulah yang berlaku sekarang.

Jalan ceritanya ialah bagaimana seorang pemimpin negara bersekongkol dengan tiga lelaki merompak berbilion wang rakyat Malaysia.

Plot utamanya ialah bagi pemimpin negara itu, wang diperlukan untuk menjamin kesinambungan kuasanya.

Sementara tiga lelaki berkenaan, wang untuk merasai segala yang diidamkan: rumah mewah, pesta hangat bersama arak, wanita dengan artis-artis Hollywood terkemuka, dan hubungan sulit dengan wanita-wanita ternama.

Di antara tiga lelaki itu, dua adalah rakyat Malaysia – Roger Ng (bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs Malaysia), Low Taek Jho atau Jho Low (dalang yang rapat dengan pemimpin negara) – dan seorang warga Jerman Timothy Leissner (pengerusi Goldman di Asia Tenggara).

Turut menghiasi plot sampingannya ialah bagaimana watak-watak di ibu pejabat bank pelaburan berprestij itu, penasihat serta pengurusan kanan 1MDB diarah oleh pemimpin negara dan tiga lelaki mempengaruhi mereka agar memilih bank pelaburan tersebut bagi mengatur penjualan bon (sekuriti pelaburan di mana seseorang pelabur meminjamkan wang kepada 1MDB bagi tempoh tertentu untuk mendapatkan bayaran faedah tetap. Apabila matang, 1MDB akan pulangkan kesemua wang pinjaman kepada pelabur).

Latar belakang drama yang menggemparkan dunia ini mengelilingi dunia: Kuala Lumpur, Singapura, London, Las Vegas, New York dan Festival Filem Cannes, Perancis.

Semuanya adalah kota raya terkemuka dunia di mana wang adalah raja.

Cerita bermula di mahkamah persekutuan Amerika di New York di mana Ng dituduh melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) yang melarang syarikat dan rakyatnya, serta bukan negarawan melakukan rasuah dan pengubahan wang haram melalui sistem kewangannya.

Ng, yang diekstradisi ke Amerika (tindakan Malaysia membenarkan dia menjalani perbicaraan di sana atas dakwaan telah melakukan jenayah mengikut perjanjian penguatkuasaan undang-undang bersama), didakwa memberi rasuah pegawai-pegawai di luar negara, memintas kawalan perakaunan, dan pengubahan wang haram, di samping menyelewengkan AS$35 juta (hampir RM146 juta) wang rakyat Malaysia daripada jualan bon 1MDB.

Jho Low, yang turut didakwa bersama Ng sejak 2018 masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika dan Malaysia. Pihak Malaysia berkata dia dilihat di China, tetapi Beijing menafikannya.

Dari perbicaraan itu, pembaca digemparkan oleh Leissner bahawa dia telah melakukan hubungan sulit dengan beberapa wanita ketika bertugas di Goldman Sachs. Lebih dari tiga wanita Malaysia dikatakan ada hubungan sulit dengannya. Setakat ini, hanya Datuk Rohana Rozhan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media Astro Malaysia Holdings Bhd telah disebut dalam perbicaraan.

Bagaimanapun, Leissner kemudian berkahwin dengan bekas supermodel dan personaliti TV Amerika Kimora Lee Simmons.

Perkahwinan ini juga menggemparkan. Dia mengaku telah dua kali berkahwin dengan dua wanita serentak atau dalam masa yang sama. Ini dilakukan apabila dia memalsukan surat cerai bagi memudahkan dia berkahwin dengan Kimora pada 2014.

Ketika itu dia adalah suami sah Judy Chan.

“Saya palsukan surat cerai itu menggunakan photoshop,” katanya.

Dia juga memberitahu juri dokumen cerai itu dipalsukan ketika berkahwin dengan Judy Chan di Hong Kong pada 2000.

Kenyataan kedua yang menggemparkan ialah dakwaan Leissner bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pemindahan AS$1 bilion (kira-kira RM4 bilion) wang pertukaran asing dalam sehari daripada akaun 1MDB ke PetroSaudi International setelah suami gabenor bank pusat itu Zeti Akhtar Aziz menerima rasuah.

“Anda perlu tahu pada 2009 Malaysia masih ada kawalan kewangan yang memerlukan pelaburan sebesar itu meninggalkan negara wajib diluluskan oleh Bank Negara.

“Satu bilion dolar telah diluluskan dalam sehari dari Malaysia ke syarikat usahasama itu dan ia berlaku kerana suami gabenor Bank Negara telah menerima rasuah. Jadi, dalam sehari sahaja wang tersebut dipindahkan, dan ia tidak pernah dilakukan pada masa itu,” dakwanya.

Bagaimanapun, November lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kira-kira RM65 juta daripada dana-berkaitan 1MDB yang dipegang oleh syarikat milik Tawfiq Ayman, suami Zeti, telah dipulangkan.

Kenyataan ketiga sama hebat ialah dakwaan Leissner bahawa dia dan Ng berjaya menarik pelaburan AS$3 bilion (lebih RM12 bilion) untuk 1MDB dari penjualan bon ketiga – dirujuk sebagai Projek Catalyze. Jho Low memberitahunya bahawa wang itu akan digunakan untuk membiayai PRU 2013.

Dakwaan tersebut telah mendesak setiausaha agung DAP Lim Guan Eng di Dewan Rakyat supaya SPRM menyiasat bekas perdana menteri Najib Razak mengenainya.

Leissner memberitahu mahkamah AS bahawa dia secara peribadi menemui Najib dan berurusan dengan setiausaha-setiausaha peribadinya.

Leissner adalah bekas majikan Ng yang menjadi saksi pendakwaan setelah mengaku salah pada 2018 di mahkamah atas tuduhan konspirasi pengubahan wang haram dan melanggar FCPA.

Beliau turut mengaku memberi rasuah kepada pegawai-pegawai Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu untuk melicinkan urusan penjualan bon oleh Goldman Sachs.

Mahkamah AS telah mengarahkan Leissner membayar denda hampir AS$44 juta (kira-kira RM180 juta) serta jaminan akan dipertimbangkan hukuman ringan.

Inilah tragedi apabila syarikat pembangunan strategik kerajaan 1MDB disalahguna oleh pemimpin Barisan Nasional dan pengurusan yang dipilih untuk memperkayakan diri sendiri dan parti yang amalkan rasuah.

Tragedinya, 1MDB yang merupakan dana untuk memperbaiki kehidupan rakyat kini menjadi beban hutang melebihi RM42 bilion yang perlu ditanggung oleh rakyat dan anak cucu mereka.

Bahkan, pada waktu itu, ada juga mangsa akibat skandal terbesar pemimpin Barisan Nasional itu – bekas ketua peguam negara Abdul Gani Patail diberhentikan dengan cara yang amat kasar sekali.

Begitu juga bekas ketua pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull yang diancam dibuang kerja, bersara awal, dipindah ke jabatan latihan, dan peluru dihantar ke rumahnya ketika dia menyiasat kes 1MDB.

Inilah balasan dosa Barisan Nasional, terutamanya pemimpin Umno.

Menjelang PRN Johor ini, ambillah iktibar kerana pemimpin-pemimpin kluster mahkamah yang terlibat dengan 1MDB ingin kembali semula. Jangan pengundi tertipu lagi.

Kebenaran betapa buruknya rasuah 1MDB adalah benar, beban berbilion ringgit ditanggung rakyat juga benar.

Perbicaraan di mahkamah AS adalah perlu bagi membuktikan kebenaran ini.

Khairuddin Othman adalah bekas wartawan Berita Harian

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pandangan MalaysiaNow

Zafrul: Najib Silap, Duit Rakyat Diguna Bayar Faedah Pinjaman 1MDB

Entah berapa kali sudah kenyataan Najib Razak kantoi menipu rakyat, baru baru dia mendakwa kerajaannya tidak pernah menggunakan wang rakyat dalam KWAP. Tapi lama sebelum itu tersebar berita di dada portal yang Najib telah membelanjakan dana KWAP untuk membiayai 1MDB, rugi pula tu.

Terbaru Najib membohong lagi kononnya tidak ada duit rakyat yang digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Walhal dana 1MDB itu sendiri adalah wang rakyat yang berjaya dicuri oleh Najib dan Jho Low.

Habis itu dari mana pula datangnya wang yang digunakan untuk membayar faedah hutang 1MDB. Sedangkan 1MDB tidak menjalani perniagaan yang jelas. Selain wang rakyat yang sebahagiannya datang dari hasil curian yang berjaya dituntut balik.


PARLIMEN l Malaysia masih belum membayar balik jumlah hutang prinsipal 1MDB sebanyak RM32.3 bilion, tetapi negara sedang membuat bayaran faedah hutang tersebut iaitu sebanyak RM6.5 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyangkal kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak semalam bahawa tiada satu sen pun dana awam digunakan kerajaan untuk membayar balik jumlah pokok hutang 1MDB.

“Kita sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang tersebut akan matang lambat lagi’

“Jadi dakwaan bahawa belum lagi kita bayar prinsipal hutang 1MDB ini adalah tidak berasas,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

“RM32.3 bilion ini tarikh matang dia di antara 2022 hingga 2039. Jadi, belum lagilah dibayar, ini prinsipalnya, tapi kita sudah mula membayar faedahnya,” katanya.

Lim menyoal sama ada benar atau tidak bahawa tiada satu sen pun dibayar ke atas hutang 1MDB seperti yang didakwa Najib.

Najib semalam mendakwa dana awam tidak digunakan kerana pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.

Tengku Zafrul, berkata, prinsipal hutang 1MDB merangkumi bon terbitan 1MDB Enegry Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion.

Mustahil Queen Elizabeth Membenarkan Peguam Diraja Membela Najib Razak (Video)

Kira kira ada benarnya ni, barang mustahil keluarga Diraja British atau Queen Elizabeth melepaskan peguam mereka hanya untuk membela Najib yang sudah dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah Malaysia angkara mencuri wang rakyat melalui Skandal SRC.

Baru baru ini Najib telah mengemukan permohonan untuk menggunakan khidmat Peguam Diraja England bagi membelanya dalam perbicaraan rayuan kali kedua di Mahkamah Persekutuan.

Kira jalan terakhirlah ni kan, andai tidak lepas, alamat hukuman penjara 12 tahun akan berjalan.

Kalaupun Shafee Abdullah sudah tidak berguna. Habis itu buat Najib simpan laskar maling UMNO yang terang terang membodohkan hakim yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas dirinya. Guna pakai lah Najib oiii! murah pun murah.

Mungkin Ramai ke Program Najib Untuk Lihat Muka Perompak, Kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata hari ini, kehadiran ramai orang ke program Najib Razak yang sudah disabitkan bersalah tidak semestinya sesuatu yang positif.

Katanya, berkemungkinan besar, mereka yang hadir ingin melihat sendiri wajah Najib yang juga bekas perdana menteri yang disabitkan bersalah kerana jenayah rasuah.

“Yang (nak) tengok , betul ke dia ni perompak? Betul ke dia ni yang dah dijatuhkan hukuman?,” katanya kepada pemberita di Johor hari ini.

“Jadi jangan kita andaikan yang ramai datang tu adalah kerana dia suka.

“Ramai yang datang nak tengok muka sebenarnya, adakah ini orang yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, denda RM200 juta, terbabit pula dalam kes SRC.”

Menurut Muhyiddin, berkemungkinan juga orang ramai hadir untuk melihat sendiri sosok tubuh individu yang masih berulang-alik ke mahkamah untuk perbicaraan pelbagai kes rasuah yang masih belum selesai.

“Orang ini juga sudah dibuktikan di mahkamah Amerika Syarikat (AS) atas salah guna kuasa dan merompak duit rakyat,” katanya.

Katanya, sesiapa sahaja boleh hadir ke program-program politik sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sama ada melibatkan individu yang mereka suka ataupun tidak. 

Empat hari lalu, Najib berkunjung ke lokasi-lokasi tumpuan di PRN Johor bersama calon-calon Barisan Nasional (BN) termasuk calon MCA dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi Cina. 

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi memutuskan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati Najib bersalah bagi tujuh pertuduhan jenayah pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International yang berkait 1MDB.

Pada 7 Disember tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib itu.

Pada hari sama, Najib memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Malaysianow

Pendakwa Mohon Hakim Dengar Kes Rosmah Kekal

Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pendengaran tiga permohonan dalam kes pengubahan wang haram dan mengelak membayar cukai. - NSTP/ASWADI ALIAS.© Provided by Berita Harian Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pendengaran tiga permohonan dalam kes pengubahan wang haram dan mengelak membayar cukai. – NSTP/ASWADI ALIAS.

KUALA LUMPUR: Pendakwaan memohon supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, tidak menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram dan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri bekas perdana menteri itu membuat permohonan Mohamed Zaini menarik diri atas alasan keterangan dan eksibit dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan kes rasuah berkaitan projek tenaga solar dihadapinya boleh secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi Mohamed Zaini yang mendengar perbicaraan kes pengubahan wang haram.

Mohamed Zaini turut mendengar perbicaraan kes projek tenaga solar yang kini memasuki peringkat hujahan di akhir kes pembelaan, manakala perbicaraan kes pengubahan wang haram belum bermula.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam hujahannya berkata, Mohamed Zaini sudah membuat keputusan berhubung perkara itu ketika menolak permohonan pertama Rosmah pada 14 Disember 2021 supaya beliau (hakim) menarik diri, selepas mendengar hujahan terperinci kedua-dua belah pihak.

“Kami mohon Yang Arif tidak menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes ini kerana Yang Arif tidak pernah mendengar sebarang keterangan berkaitan kes pengubahan wang haram dihadapi tertuduh.

“Yang Arif juga memutuskan kedua-dua kes (projek tenaga solar dan pengubahan wang haram) adalah unik dan berbeza serta tiada kaitan antara satu sama lain.

“Kami menyatakan permohonan kali kedua tertuduh supaya Yang Arif menarik diri daripada mendengar kes ini (pengubahan wang haram) ditolak oleh mahkamah ini,” katanya.

Dalam keputusannya pada Disember tahun lalu, Mohamed Zaini antara lain berkata, beliau akan memastikan Rosmah tidak akan diprejudis dalam kes pengubahan wang haram apabila rujukan dibuat kepada kenyataan dalam kes rasuah projek solar.

Ia berikutan hakim dikehendaki mempertimbangkan secara berasingan dan secara bebas keterangan terhadap tertuduh.

Katanya, sebarang dapatan yang dibuat dalam kes solar kekal di sana dan menjadi tanggungjawabnya atau mana-mana hakim, untuk memastikan tertuduh atau mana-mana tertuduh dibicarakan secara adil seperti termaktub mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Rosmah, membalas hujahan pendakwaan dengan menegaskan permohonan kedua anak guamnya tidak boleh dikatakan menyalahgunakan proses mahkamah kerana bersandarkan alasan berbeza.

Beliau berkata, wujud risiko yang mana kes mahkamah lain membabitkan pelucutan hak harta Rosmah dan keluarganya berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mempengaruhi Mohamed Zaini apabila hakim itu mendengar perbicaraan kesalahan pengubahan wang haram dan kesalahan berhubung cukai anak guamnya.

Selain kes lucut hak harta itu, Firoz Hussein berkata, Mohamed Zaini turut mendengar kes laporan audit terhadap suami tertuduh, Datuk Seri Najib Razak.

Peguam itu berkata, ia ditambah dengan keputusan Mohamed Zaini mengarahkan anak guamnya membela diri dalam kes projek tenaga solar tahun lalu.

“Ini adalah situasi unik yang mana kami bukan mempersoalkan integriti Yang Arif tetapi ini adalah soal kelemahan manusia, kerana Yang Arif sudah mendengar keterangan saksi dan bukti terhadap tertuduh dan keluarganya.

“Ia akan menjejaskan cara Yang Arif melihat kredibiliti tertuduh dan perkembangan perbicaraan ini (kes pengubahan wang haram dan mengelak cukai),” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Mohamed Zaini kemudian menetapkan pada 21 Mac ini bagi keputusan.

Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Berita Harian