Pemuda PKR Cabang Bukit Bendera Tolak Usaha Membebaskan Najib Melalui Agong

Pemuda PKR cabang Bukit Bendera Amir Syamimi berpendapat usaha membebaskan Najib melalui pengampunan Diraja atau yang di-pertuan Agong oleh bekas penyokong Perdana Menteri iaitu UMNO sebagai pemikiran dua darjat.

Pada pendapat beliau ia tindakan yang tidak rasional kerana Najib terlibat dalam skandal salah guna kuasa, aktiviti rasuah secara langsung. Sedangkan ramai lagi individu di penjara atas kesalahan kecil berbanding Najib tetapi tidak berpeluang mendapatkan pengampunan diraja.

“Mereka yang mencuri motosikal atau barangan lain atas keperluan, ataupun mengambil dadah kerana ketagihan, tidak berpeluang diberikan pengampunan,” katanya.

“Akibatnya keluarga mereka menderita ekoran daripada pemenjaraan mereka. Tambahan pula, mereka tidak dapat mencari pekerjaan yang baik selepas dibebaskan kerana stigma yang dikaitkan dengan rekod jenayah.

“Sebaliknya, Najib yang disabitkan dengan pelbagai pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa meminta diberikan layanan istimewa.”

Oleh itu Amir berpendapat dan menegaskan bahawa sebarang usaha menggunakan tekanan politik untuk mempengaruhi keputusan akibat kesalahan jenayah perlu ditolak dan menyerahkannya kepada kedaulatan undang-undang.

Sebelum ini kenyataan dari AMK membantah kehadiran Zahid Hamidi sepentas dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam sebarang majlis. Sebab jijik mendengar Zahid bercakap soal rasuah dan penyelewengan. Dinafikan yang kenyataan itu palsu atau bukan dari PKR.

Terbaru ini, bukan dari pemimpin muda PKR, ini pun palsu juga kah?

Amanah Rayu Agong Tolak Pengampunan Najib, Lebih Bermaruah Dari UMNO Warisan

AMK Cabang Bantah Kehadiran Zahid Sepentas Dengan PM Anwar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: