Bung Sudah Terang Lagi Bersuluh, UMNO Yang Takut Pecat Andi

Tadi saya terbaca kenyataan Bung Mokhtar tentang keberadaan Ahli Parlimen Kalabakan, Adun Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady.

Menurut Bung, tampak Ahli Parlimen Kalabakan tidak lagi bersama UMNO ia berdasarkan laporan yang dia terima. So tindakan akan diambil jika berterusan.

Sudah terang lagi bersuluh lah kau Bung oiii. Bukan ke sebab Adun Tanjung Batu menyokong GRS ialah kerana tidak bersetuju dengan tindakan Ketua UMNO, Bung untuk bekerjasama dengan Shafie, Warisan.

Andi pula buatlah sedikit kenyataan bagi menjawab teka teki jangan terlalu play safe, ini bukan zaman rakyat yang terhegeh hegeh mengangkat pemimpin yang terlalu takut berhadapan dengan risiko.

Pastikan kenyataan itu agak tegas dan berani biar UMNO sedar diri.

Lawan bah politik memang begitu jika tidak pusingan rodanya cepat dibawah.

Ahli Parlimen Kalabakan dan Adun Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady antara enam wakil rakyat UMNO yang tidak menyokong persekongkolan Bung Mokhtar dan Shafie Apdal untuk merampas kerajaan negeri dari Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

ADUN terbabit ialah Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Setelah berusaha keras hingga berjaya mengalahkan calon Warisan, dipaksa pula bekerjasama dengan musuh bagi merampas kuasa dari GRS. Walhal GRS dan UMNO adalah rakan sekutu dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 dan pilihan raya umum 2022, kerjasama ini jugalah yang membentuk kerajaan GRS.

Bung Mokhtar sebelum ini menyatakan bahwa UMNO tidak memecat keahlian Andy Suryady kerana seorang ahli Parlimen atau Adun boleh menyatakan sokongan asalkan tidak meninggalkan parti iaitu tidak melanggar akta lompat parti. Sekarang lain pula ceritanya.

Hakikatnya ia hanyalah retorik Bung Moktar yang benarnya jika Andi Suryady dibuang maka kekuatan UMNO dalam kerajaan persekutuan semakin lemah.

Tujuan masyarakat mengundi calon dalam pilihan raya adalah untuk mencari wakil rakyat yang kelak membantu mereka. Bukannya mencari wakil rakyat untuk dijadikan pembangkang atau mencari wakil rakyat UMNO untuk menyelamatkan pemimpin kantoi mencuri di Mahkamah.

Selain itu Bung juga mendakwa kemenangan calon UMNO kerana faktor parti, so parti lebih utama. Jangan kamu percaya dakwaan ini hanyalah untuk menutup nasib UMNO yang sikit hari lagi akan berakhir di Sabah khususnya.

Sudah banyak bukti dalam pilihan raya kebelakangan ini. Dimana UMNO kalah kepada calon Bebas dan ramai wakil rakyat yang dulunya bertanding atas tiket UMNO berjaya mengekalkan kemenangan walaupun bertanding atas tiket parti baru. Menunjukkan kekuatan UMNO Sabah bergantung kepada kredibiliti calon dan kesungguhan jentera yang berkualiti bukannya bergantung pada parti semata mata.

Terimalah hakikat UMNO tidak lagi diterima oleh majoriti rakyat Sabah, apa lagi UMNO bakal bekerjasama dengan musuh tradisi iaitu parti Warisan yang berbeza agenda perjuangan. Berbeza total!

Sabah negeri yang kaya tapi rakyatnya miskin gara, gara kekayaannya dicuri UMNO sejak berdekad. Ini contoh dakwaan keras yang dilemparkan oleh pemimpin Warisan ke atas UMNO.

Takkanlah dalam pilihanraya akan datang masyarakat menolak wakil rakyat yang bekerja untuk mereka berbanding wakil rakyat pembangkang hanya sibuk mencari kesalahan sedangkan nasib rakyat atau pengundi tidak terbela.

Begitu juga wakil rakyat UMNO hanya sibuk menyelamatkan kluster Mahkamah, tak kan pula golongan ini yang dipertahankan oleh pengundi. Tengok saja keputusan pilihan raya umum 2022, UMNO hanya memenangi 26 kerusi dari 222 kerusi Parlimen.

Kalau saya Andi saya akan bersikap kerja politik dan kebajikan yang dilaksanakan, saya tanamkan atas nama GRS. Biar daerah Tawau terkenal sebagai daerah unity GRS.

Kena ingat mustahil UMNO mencalonkan Andi semula. So bertindaklah mulai dari saat ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: