Bung Mokhtar (UMNO) Mempolitikkan Pembinaan Patung Mazu

Hakikatnya Bung Mokhtar selaku Ketua UMNO Sabah mempolitikkan pembinaan patung Mazu (Dewi Laut) di Kudat. Ini jelas bila dia menyokong pembinaan patung berkenaan dengan mengetepikan sensitiviti agama dan masyarakat setempat.

Begitulah bila pemimpin semakin terdesak. Mana lagi memikirkan nasib mereka di Mahkamah, lain lagi nasib UMNO yang kian pupus ditolak rakyat, justeru itu dengan apa cara sekalipun jalan keluar harus dicari.

Termasuklah menyokong pembinaan patung dewi laut.

Kata Bung ada pihak dalam kerajaan negeri yang enggan patung itu dibina atas alasan Islam. Jadi dia mahu alasan agama diketepikan dan mengutamakan ekonomi.

Yang dimaksudkan oleh Bung dalam kerajaan ada yang menghalang ialah USIA.

Sebelum ini USIA tidak bersetuju dengan pembinaan patung Mazu yang turut disokong oleh masyarakat setempat.

Soalnya kenapa pula USIA dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan negeri. Disinilah Bung Mokhtar mempolitikkan pembinaan patung Mazu dan berniat jahat. Biar kerajaan negeri GRS yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dianggap jahat oleh masyarakat yang berkenaan.

Luas yang bagaimana Bung, jika UMNO Sabah ingin melihat pembinaan patung Mazu dari skop yang lebih luas, maka ia harus dinilai dari sudut agama terlebih dahulu. Biar agama menjadi batasnya.

Berapa sangatlah impaknya kepada ekonomi setelah patung itu ada. Mampu menarik beribu pelancong luar negara dan menjana berbilion ringgit? tentang mana!

Selama ini kerajaan Sabah menjana berbilion ringgit setahun melalui cukai dalam sektor pelancongan. Pelancong luar negara datang sebab ingin melihat dan meneroka keindahan alam semulajadi Sabah. Oleh itu jangan justifikasikan pembinaan patung Mazu dengan ekonomi, cakap atau kaitkan saja dengan benda lain yang tidak menjejaskan kredibiliti kerajaan GRS.

Itupun 6 bilion di masukkan dulu ke akaun Federal sebelum diagihkan menjadi bajet tahunan ke setiap negeri.

Mana janji UMNO Sabah menuntut royalti minyak Sabah? lebih baik UMNO buktikannya bukan berselindung di sebalik pembinaan patung Mazu. Apa lagi pembinaan patung Mazu tidak ada dalam manifesto UMNO Sabah.

Apa pun eloklah Bung menyokong pembinaan patung Mazu itu biar menjadi tanggungjawab Bung di kemudian hari.

Ciri ciri kejatuhan yang berkekalan bila ada pihak menyokong hal seperti ini, seperti mana Bung dan patung Mazu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: