
Anggap saja desakan Amanah agar Agong menolak permohonan Najib untuk di ampunkan ini, hanya sembang kari. Untuk mengelak dari dipersalahkan oleh rakyat yang menyokong Pakatan Harapan dan UMNO pada pilihan raya umum 2022 baru ini.
Selama ini hasrat rakyat yang menyokong PH adalah supaya pemimpin UMNO yang terpalit di Mahkamah dipertanggungjawabkan. Manakala yang menyokong UMNO sebab kebencian mereka pada PH. Tapi alih alih PH dan UMNO bekerjasama membentuk kerajaan. Amanah pula diberikan jawatan Menteri.
Itu saya kata anggap saja desakan Pengarah Komunikasi Amanah dibawah hanyalah sembang kari.
Pun begitu sekurang kurangnya Amanah nampak bermaruah berbanding pemimpin dan penyokong UMNO dan Warisan.
Pemimpin Warisan sejak dua pilihan raya yang lalu bermatian ingin menguburkan UMNO dan menolak kerjasama dengan PH pada pilihan raya umum 2022. Tapi last last mendabik dada sebagai orang pertama menyokong kerajaan Perpaduan.
Kurang itu bekerjasama dengan UMNO Sabah bagi menjatuhkan kerajaan Perpaduan di peringkat negeri Sabah. Itu saya kata Amanah lebih berkualiti dan bermaruah berbanding UMNO dan Warisan dari semua aspek dalam politik.
Kata media, hari ini bangsa Melayu, Cina dan India dipaksa menyelamatkan pemimpin Bugis dan Jawa yang kantoi mencuri.
Parti komponen Pakatan Harapan (PH), Amanah merayu Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan supaya menolak permohonan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dalam satu kenyataan berkata hanya dengan cara itu rakyat akan yakin kerajaan dan Institusi Raja-raja Melayu menyelamatkan negara dari salah guna kuasa sejak sekian lama.
“Amanah berpandangan, pengampunan kepada Najib akan menghantar mesej yang sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga kepada seluruh dunia berhubung sikap dan pendirian kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa.
“Ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya.
Lembaga Pengampunan akan bersidang dan membuat keputusan sama ada memberikan pengampunan kepada Najib atau tidak hari ini.
Khalid berkata, meskipun sifat kesetiaan dan mengenang jasa terhadap pemimpin secara amnya adalah satu sifat positif, namun dalam konteks ini adalah lebih baik Umno bersama PH menunjukkan komitmen terhadap usaha memerangi rasuah yang menjadi paksi masyarakat Madani.
Tindakan Umno, katanya kelihatan sedikit terpesong daripada wawasan masyarakat Madani yang diperjuangkan bersama.
“Lagipun, Najib berdepan dengan banyak lagi kes di mahkamah yang sedang dibicarakan. Apakah selepas diampunkan, beliau akan masuk ke penjara lagi jika didapati bersalah selepas ini? Atau dianggap beliau berada di satu maqam dan kedudukan istimewa yang kebal undang-undang?”
Mengulas mengenai pendirian Amanah yang hanya “berdiam diri” dalam isu ini, Khalid menegaskan parti itu mengakui dan mengiktiraf pengampunan adalah hak mutlak Agong.
“Namun demikian, tiada salahnya untuk Amanah memberi pandangannya terhadap isu ini.
“Adalah diharap pandangan ini apabila disuarakan akan membantu Agong untuk membuat keputusan yang baik dan tepat bagi dirinya, Institusi Raja-raja Melayu dan negara ini secara keseluruhannya”.
https://www.malaysianow.com/my/news/2023/04/28/amanah-rayu-agong-tolak-pengampunan-najib