UMNO Parti Petualang, Anwar Wajar Beringat 148 Boleh Berkurang Bila Bila Masa

Anwar Ibrahim tidak takut malah mencabar pembangkang agar segera mengemukakan SD bagi membolehkan kerajaan bertukar atau Parlimen dibubarkan.

Perdana Menteri Anwar mengingatkan pembangkang yang dia masih memegang 148 kerusi parlimen dan merupakan angka yang ampuh.

Itu bererti pembangkang atau Perikatan Nasional kekal memegang angka 74 kerusi parlimen.

Justeru itu mencabar pembangkang agar menunjukkan bukti atau SD di Parlimen pada bulan Mei akan datang.

Tapi Anwar Ibrahim kena beringat, UMNO parti petualang. Biasa berperangai bangsat, pagi cakap lain, petang cakap lain. Jangan sampai hanya tahu setelah media melaporkan yang pemimpin UMNO berada di Istana bersama Perikatan Nasional. Hahaha!

Baru baru ini kebangsatan UMNO dan Warisan berlaku di Sabah. Kalau saya tidak silap hari itu Bung Mokhtar membuat kenyataan yang UMNO Sabah kekal menyokong kerajaan GRS dan Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Tapi dalam diam Bung Mokhtar dan Presiden Warisan, Shafie Apdal sedang dalam rangka akhir menjatuhkan kerajaan negeri Sabah. Nasib baiklah 2 atau 3 Adun UMNO tidak menyokong perancangan Bung Mokhtar hingga sanggup di buang dari UMNO.

Begitu juga wakil wakil rakyat parti Warisan kerana tidak mahu bersekongkol dengan UMNO mereka turut bertindak berani meninggalkan Warisan dan menyokong GRS.

Kedudukan Zahid Hamidi dan Bung Moktar lebih kritikal jika mereka dapat menghidu, akan disumbat ke penjara seperti Najib Razak.

Pasti mereka marah dan mencari helah termasuk bekerjasama dengan PN yang penting tempoh perbicaraan dipanjangkan.

Kepimpinan UMNO sejak kalah dalam pilihan raya 2018 dan Najib , Zahid serta Bung Moktar dihadapkan ke mahkamah kerana skandal penyelewengan. Bermula saat itu tidak sudah mereka fokus pada perjuangan negara bangsa, tetapi bagaimana menyelamatkan diri dari perbicaraan yang mereka sedang hadapi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: