Lokman Hadapi Dua Tuduhan Fitnah – Kantoi Fitnah Kali Kedua

Jadi benarlah Lokman Adam ni kaki kelentong aka kaki fitnah ah. Ini bukan kali pertama Lokman kantoi memfitnah.

Sebelum ini si Lokman di penjara sebulan selepas didapati bersalah kerana menghina Mahkamah iaitu mengugut saksi dalam perbicaraan 1MDB.

Bukannya mengugut saksi dalam erti kata yang sebenarnya tapi si Lokman membuat kenyataan di luar Mahkamah kononnya kenyataan saksi berhubung skandal 1MDB adalah fitnah. Namun apa bila Mahkamah minta Lokman mempertahankan tuduhannya, si Lokman gagal membuktikannya. Seperti juga laskar yang lain lah ni, tin kosong, fitnah dan meroyan saja yang kuat.

UMNO dan pemimpin maling punya pasal si Lokman sanggup jadi terbangsat, membuat dan menyebarkan propaganda fitnah.

Itu cabaran Raja Petra untuk berdebat, si Lokman sudah tetapkan tarikh kah?


KUALA LUMPUR: Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam menghadapi dua tuduhan menyebarkan berita palsu melalui media sosial.

Dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan hakim MM Edwin Paramjothy di mahkamah sesyen di sini hari ini.

Lokman didakwa telah menggunakan Facebook dengan tujuan untuk menimbulkan kerusuhan orang ramai pada pukul 10.55 malam 3 Mei dengan menyebarkan berita palsu bahawa warga India yang memasuki negara ini menyebabkan penyebaran Covid-19.

Dia juga didakwa menggunakan akaun yang sama pada 10.38 malam 9 April untuk menyebarkan berita palsu bahawa seorang polis di Pahang meninggal dunia beberapa saat selepas vaksinasi Covid-19 keduanya, walaupun dia telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kiriman tersebut dibaca di pejabat bahagian siasatan jenayah siber dan multimedia jabatan penyiasatan jenayah komersial di Bukit Aman pada 11 April dan 9 Mei.

Kesalahan-kesalahan itu, di bawah Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021, membawa hukuman denda tidak lebih dari RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan dan Lokman menyerahkan pasportnya ke mahkamah.

Peguam Lokman, Logen Eskander, memohon jaminan yang lebih rendah kerana anak guamnya menganggur dan harus menyokong 11 anak, lapan daripadanya sedang belajar.

Dia mengatakan Lokman hanya membantu isterinya menjual sate.

“Tidak ada alasan bagi pengadilan untuk menyimpan pasport kerana perbatasan negara masih ditutup,” kata Logen.

Edwin membenarkan Lokman dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua tuduhan itu.

Kes akan disebut semula pada 25 November.

Sumber

Perabot Seri Perdana Najib keluarkan, Muhyiddin Tidak Pernah Tinggal Sana

Bukan hanya perabot lama dikeluarkan dari rumah rasmi Perdana Menteri oleh Najib. Tetapi mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak pernah tinggal disana.

Pembaikan yang dibuat pun selepas menerima laporan kerosakan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada ketika itu.

Begitu antara pencerahan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri Muhyiddin, susulan berita yang tersebar berkenaan pembaikan rasmi Perdana Menteri Malaysia atau kompleks Seri Perdana yang terletak di Putrajaya.

Memang besar dan luas kawasan tu, admin sendiri pernah menjejakkan kaki di sana. Tidak hairan kalau pembaikannya memakan jutaan ringgit, apa lagi terpaksa mengisinya dengan perabot baru.

Yang untung Perdana Menteri Ismail lah. Merasa segala galanya baru.


Muhyiddin Yassin berkata keputusan membaik pulih kompleks Seri Perdana yang dibuat ketika pentadbirannya adalah untuk memulihara selain menerima laporan mengatakan Najib Razak mengeluarkan perabot daripada rumah rasmi perdana menteri itu.

Muhyiddin berkata, mengikut laporan Jabatan Perdana Menteri (JPM) jika kediaman perdana menteri itu tidak dibaik pulih dengan segera, bangunan tersebut akan mengalami kerosakan yang lebih teruk pada masa hadapan dan kos membaik pulih bangunan akan meningkat.

“Ketika saya mula menjawat jawatan perdana menteri pada bulan Mac 2020, saya menerima laporan daripada JPM berhubung kerosakan fizikal Seri Perdana yang merupakan bangunan rasmi JPM.

“Berdasarkan laporan yang saya terima, pihak JPM juga mengesyorkan agar perolehan perabot dibuat memandangkan kebanyakan aset perabot di Seri Perdana yang didakwa milik peribadi mantan perdana menteri keenam dipindah keluar,” katanya dalam sebuah kenyataan di Facebook hari ini.

Najib Razak merupakan perdana menteri keenam dari 2009 sehingga Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya tewas pada Pilihan Raya Umum 2008.

Menurut Muhyiddin, antara kerosakan yang dilaporkan JPM termasuk kebocoran, sistem pencahayaan yang telah lama serta keadaan fizikal lantai dan bumbung yang telah rosak atau usang.

Katanya, menurut JPM, kebocoran bumbung Seri Perdana dan sistem perpaipan menyebabkan kerosakan perabot dalaman, lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan.

Selain itu, pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin juga turut dilaporkan perlu dibaik pulih kerana sudah terlalu usang.

“Menurut pandangan pakar, sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.”

Muhyiddin turut berkata proses baik pulih yang dilaksanakan adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan dipantau rapat oleh sebuah pasukan petugas dianggotai pegawai Jabatan Kerja Raya dan JPM.

Semalam, Najib dalam hantaran Facebook berkata projek naik taraf Seri Perdana diluluskan ketika pentadbiran Muhyiddin dan nilai asal keseluruhan projek adalah sebanyak RM38.5 juta yanng dijangka siap pada 7 Disember.

Beliau mempersoalkan naik taraf tersebut dan berkata wang sebanyak itu tidak sepatutnya dibelanjakan ketika negara berdepan impak pandemik.

“Apapun, wang sebanyak RM38.5 juta tidak patut dibelanjakan untuk tujuan ini pada zaman pandemik sebab ianya tidak sensitif kepada Rakyat yang sedang merayu untuk lebih banyak bantuan disalurkan akibat PKP bersambung PKP.

“Lebih-lebih lagi sebab ianya dibelanjakan pada ketika PM8 sendiri kata kerajaan dah tak ada banyak wang lagi setelah kerajaan PN dahulu berbelanja RM600 bilion,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata sejak memegang jawatan perdana menteri tahun lalu, beliau tidak pernah mendiami rumah rasmi tersebut.

Beliau turut berkata penjelasan mengenai projek naik taraf tersebut boleh diberikan jabatan-jabatan yang terlibat dalam proses naik taraf berkenaan.

“Selaras dengan prinsip ketelusan dan integriti yang diamalkan oleh kerajaan, jabatan yang berkenaan boleh tampil untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai berkenaan perkara ini.

“Untuk rekod, saya tidak pernah menduduki Seri Perdana sepanjang saya berkhidmat sebagai perdana menteri,” katanya.

Malaysianow

Raja Petra Cabar Lokman Adam Berdebat, Tajuk Kerajaan Gagal (Video)

Raja Petra mencabar Lokman Adam untuk berdebat berhubung tuduhannya sebelum ini yang mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin adalah kerajaan gagal.

Untuk makluman baru saja Lokman di tarik sebagai ahli UMNO, selepas setahun lebih menjadi penganggur parti.

Ini kerana menurut Raja Petra, selayaknya yang dipanggil kerajaan gagal ialah UMNO, memandangkan telah lama sebagai kerajaan tetapi ekonomi orang Melayu masih berada di takuk lama. Walhal kerajaan waktu itu telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk membantu orang Melayu.

Tetapi yang dicanang sebagai kerajaan gagal adalah kerajaan Perikatan Nasional yang baru berumur setahun jagung, kerajaan yang terpaksa berhadapan pandemik Covid 19.

Betul betul munafik, oleh itu Raja Petra mencabar Lokman Adam untuk berdebat.

Kertas siasatan kes Guan Eng Diserah Ke Pejabat Pendakwaan

Polis Pulau Pinang telah menghantar kertas siasatan kes Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung dakwaan ingkar arahan kuarantin kendiri dengan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2 September lepas ke Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ketika ini pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya daripada Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang untuk tindakan seterusnya.

“Pihak polis telah selesai menyiasat kes itu dengan 11 orang termasuk Lim direkodkan keterangan bagi membantu siasatan dan kertas siasatannya juga telah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang untuk tindakan seterusnya.

“Sehingga kini kertas siasatan masih belum mendapat sebarang arahan dari Pejabat Pendakwaan Pulau Pinang, siasatan kes itu dijalankan di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 8 September, jurucakap Pemuda Gerakan Pulau Pinang Mohd Aswaad Jaafaf membuat laporan polis terhadap Lim yang didakwa mengingkari peraturan kuarantin kendiri.

Laporan polis itu dibuat selepas peguam Lim, Gobind Singh Deo yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan projek pembinaan terowong dasar laut, memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa anak guamnya itu telah diarah menjalani perintah kuarantin kendiri selama 10 hari bermula 1 hingga 10 September.

Bagaimanapun, Lim telah menafikan dakwaan bahawa beliau telah melanggar syarat kuarantin kendiri dan berkata beliau hanya dimaklumkan pada 2 September berhubung perkara itu selepas menghadiri persidangan DUN.

Malaysianow

Published
Categorized as DAP Tagged

Shafie Cadang Hak Bumiputera 51% Dalam Syarikat Fret Dihapuskan

Betullah Presiden Warisan ni jenis orang yang sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa mengorbankan hak orang lain.

Dulu, walaupun hanya sempat memerintah Sabah lebih kurang dua tahun setengah, tapi macam macam hal yang cuba dilakukan oleh Menteri dan orang orangnya yang akan mengorbankan hak hak Bumiputera.

Nasib baiklah pembangkang waktu itu bertegas hingga memaksa cadangan bodoh itu dibatalkan.

Waktu itu sempat admin berimaginasi, kalau saja ia menjadi kenyataan maka percayalah tidak mustahil kuburan pemimpin pemimpin Warisan akan di kencingkan oleh generasi akan datang.

Hari ini Shafie sebagai pembangkang sekali lagi mengemukakan cadangan yang cuba menafikan hak dan keistimewaan Bumiputera.

Dimana Presiden Warisan yang juga ahli Parlimen Semporna Shafie, mahu kerajaan membatalkan 51% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat fret tempatan kerana kononnya dasar itu hanya merugikan pemain industri tempatan (bukan bumiputera).

Memang dasar 51% ini tidak terpakai kepada syarikat antarabangsa atau asing kerana ia melanggar perjanjian perdagangan Bebas FTA.

Tapi ingat negara Malaysia adalah milik Bumiputera yang sudah tentu ada hak dan keistimewaan yang wajib dilindungi sampai bila bila, walaupun hari ini sudah banyak hak hak Bumiputera yang dirompak angkara kejahilan segelintir kakitangan awam dan swasta.

Menurut Shafie lagi, data yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan ekuiti warga asing meningkat dari 37.2% pada 2011 kepada 45.3% pada 2015. Pegangan ekuiti bukan Bumiputera menurun dari 34.8% kepada 30.7% dalam tempoh sama, manakala pemilikan ekuiti Bumiputera turut jatuh dari 23.4% kepada 16.2%.

Habis itu kenapa lagi ekuiti Bumiputera dalam sektor ini cuba dihapuskan, kalau sudah faktanya menunjukkan penurunan?

Peliklah Warisan ni sedangkan dalam masa yang sama terhegeh hegeh bercakap pasal perjanjian 1963 yang menjurus kepada hak hak Sabahan atau pun Bumiputera.

Jadi kita tanya Shafie, apa ruginya jika pegangan 51% untuk Bumiputera dikekalkan, tidak kiralah apa ahli itu memang berkecimpung dalam perusahaan fret atau namanya saja dipakai sebagai syarat. Apa ruginya?

DAP Lim Guan Eng adalah pembangkang yang bertanggungjawab menimbulkan isu ini yakni tidak bersetuju dengan pegangan 51% oleh Bumiputera.

Tak kan Shafie tidak belajar dari dirinya, bagaimana dia telah membantu kerabat dan kroninya dengan cara ali baba. Tinggal lagi cara yang digunakan ketika itu agak keterlaluan hingga menjejaskan kualiti kerja.

Tapi kalau kualiti kerja tetap di jaga ia tidak menjadi masalah walaupun Bumiputera memegang sehingga 51% ekuiti.

Warisan ni terlalu hipokrit atau munafiklah!

Klik juga dua link dibawah, anggap saja ini adalah perancangan dan kesinambungan dari isu di atas.

Sebab Itulah Warisan/DAP Wajib Dinyahaktifkan (video)

Video ini mendedahkan bagaimana tauke tauke besar daripada tanah Besar China menjajah satu satu negara melalui ekonomi. Penjajahan dalam bentuk ekonomi ini berlaku di keatas negara maju lain seperti Amerika.

Di Asia hanya Jepun dan Korea yang gagal dijajah oleh kuasa ekonomi China ini kerana dua negara ini menghadkan penguasaan pelabur asing terutamanya daripada negara China.

Jika perkembangan ini kita kaitkan dengan apa yang telah dilakukan kerajaan Warisan ke atas beberapa daerah di negeri Sabah itu sendiri maka kita akan nampak kenapa DAP sanggup bekerjasama dengan Warisan.

Bayangkan parti DAP yang mempunyai penyokong dan pemimpin yang berkemampuan dari segi ekonomi dan prinsip sanggup menggunakan logo Warisan untuk bertanding di pilihan raya negeri Sabah 2020. Walhal mereka tahu slogan Warisan adalah Sabah for Sabahan yang bermaksud Warisan hanya konon memperjuangkan kaum Bumiputera.

Sebab DAP tahu Warisan sanggup melakukan apa saja asalkan jawatan Ketua Menteri Sabah menjadi milik mereka. Sanggup bermaksud sanggup menggadaikan prinsip dan hak bumiputera termasuklah khazanah yang ada.

Justeru itulah Warisan wajib dikuburkan kerana kepimpinan parti ini sanggup membuat apa saja demi kuasa.

Ironisnya tengok apa berlaku di beberapa kawasan yang menjadi kubu kuat Warisan dalam hanya tempoh dua tahun telah bertukar menjadi China Town. Orang tempatan Warisan hanya mampu memuji bangunan dan restoran restoran yang bukan milik mereka, tanpa sikit pun merasakan diri mereka telah diperbodoh. Alahai!

Chan Foong Hin Tidak Layak Bercakap Soal Kemiskinan

Ada benarnya pun hakikatnya kadar kemiskinan di bandar bandar juga tinggi seperti mana di Kota Kinabalu.

Kalau diperhalusi bukan hanya kemiskinan tapi juga kadar jenayah dan aktiviti pengemis jauh tinggi jika dibandingkan dengan luar bandar. Jadi pada wakil rakyat atau Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin yang mewakili DAP ambil dulu cermin tu sebelum mempolitikkan isu yang popular di kawasan sendiri atau kebanyakan kawasan yang diwakili pembangkang iaitu di kawasan urban.

Hakikatnya tuduhan itu si Foong ini lebih sinonim dengan Presiden Warisan Shafie yang walaupun telah memegang berbagai portfolio kementerian di peringkat Persekutuan tapi kawasannya masih tunggang langgang sehingga hari ini.

Cina DAP seorang ni kalau bercakap langsung tidak ada terasa keikhlasannya. Macam orang yang tidak pandai bercakap, asal ada.


KOTA KINABALU: ADUN Telupid, Jonnybone Kurum menyelar Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin yang menggunakan isu kemiskinan untuk menuding jari serta meraih sokongan politik.

Katanya, pemimpin sepatutnya menunjukkan komitmen dengan mencari penyelesaian terbaik untuk membantu rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan, bukannya menghina keadaan mereka yang susah.

Penolong Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata, kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar mungkin kurang berkemampuan, tetapi mereka tidak pernah kehabisan sumber makanan atau tidak mempunyai rumah.“Penduduk kampung boleh mengusahakan tanah mereka bila-bila masa dan mereka juga mempunyai sumber makanan mencukupi, walaupun tidak mempunyai wang yang banyak.

“Oleh itu, janganlah sesekali menghina keadaan mereka yang susah, kita seharusnya membantu dan bukannya mengejek penderitaan mereka.”

Beliau mengulas kenyataan Chan yang menyatakan lapan daerah di Sabah disenaraikan daerah termiskin, walaupun mempunyai wakil rakyat terdiri daripada menteri dan timbalan menteri di peringkat persekutuan mahupun negeri.

Kurum berkata, kadar kemiskinan bandar di Kota Kinabalu mungkin lebih teruk daripada kawasan luar bandar seperti yang dinyatakan Chan.

“Sebenarnya, masalah kemiskinan bukan sahaja berlaku di kawasan pedalaman, tetapi juga di bandar.

“Realitinya, golongan miskin bandar juga wujud di Kota Kinabalu. Adakah anda (Chan) berani menyatakan di kawasan Parlimen Kota Kinabalu tiada kemiskinan?” soalnya.

Di kawasan pedalaman, katanya, tidak wujud masalah pengemis seperti di kawasan bandar.

“Oleh itu, Chan perlu turun padang lebih kerap untuk melihat permasalahan (pengemis) yang wujud di kawasan beliau.

“Ini juga menunjukkan masalah kemiskinan yang serius sememangnya berlaku di kawasan bandar.”

Bohong Kerajaan Belanja RM2 Bilion Untuk Draf RMK12

Memang betul pun, mula mula terkejut juga membaca dakwaan Anwar Ibrahim petang tadi. Hakikatnya macam mana boleh berbelanja sehingga RM2 bilion hanya untuk merancang Rancangan Malaysia ke 12. Tidak masuk akal langsung. Nah ini kenyataan Menteri yang bertanggungjawab Datuk Mustapa Mohamed, menafikan tuduhan itu.

RM2 bilion terlalu mengada ngada, founder Facebook yang dikaitkan dengan penjualan data pengguna pun rasanya tidak dibayar sebanyak itu. Hahaha!


PETALING JAYA: Kerajaan tidak pernah membelanjakan RM2 bilion bagi menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) seperti didakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed, berkata perancangan pembangunan negara untuk lima tahun itu disediakan pegawai Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bawah seliaannya.

“Penyediaan RMK12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.

“Saya berharap Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat mendakwa, sejumlah RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK12.

KM Hajiji Gembira Akan RMK12 – Ini Faktanya

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menzahirkan rasa gembiranya pada RMK12 yang baru saja diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri.

Dimana RMK kali ini benar benar fokus pada kemajuan negeri Sabah. Pelbagai inisiatif dan bantuan yang telah diumumkan atau dirancang untuk Sabah.

Namun begitu kepimpinan kerajaan negeri amat berharap kiranya kerajaan Pusat dapat menyediakan garis masa yang boleh dijadikan panduan dalam usaha negeri Sabah menuntut elemen yang belum ditunaikan berdasarkan perjanjian 1963.

Antaranya perkara yang telah diumumkan atau di rancang menerusi Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) untuk Sabah :-

  • Perdana Datuk Ismail mengumumkan akan mengagihkan peruntukan 50% dari jumlah peruntukan pembangunan asas di bawah RMK 12.
  • Begitu juga dengan faktor keselamatan di negeri Sabah akan dipertingkatkan dimana kem tentera akan didirikan di Kota Belud dan FELDA Sahabat serta Kem Batalion Pasukan Gerakan Am di Beluran.
  • Turut diperhatikan dalam RMK12 ialah peningkatan grid kuasa Sabah-Barat Sabah dan pembinaan loji janakuasa baru untuk meningkatkan bekalan elektrik.
  • Pos Kastam imigrasi, karantina dan keamanan (CIQS) baru di perbatasan Malaysia Indonesia akan dilaksanakan dalam RMK ini. Dimana CIQS akan di bangun di Manalunan, Simanggaris dan Kalabakan.
  • Juga termasuk jaringan Digital Nasional dimana Sabah akan mendapat peruntukan sebanyak RM3.1 bilion bagi menaik taraf dan membina menara telekomunikasi Internet 4G dan 5G.
  • Klinik Kesihatan baru akan didirikan di Penampang dan Beaufort yang menjadi pusat darah di Sabah.

Dalam pada itu Sabah bersetuju dengan cadangan penubuhan unit khas di setiap pejabat daerah di negeri ini bagi menangani masalah kemiskinan.

Ketua Menteri Datuk Hajiji berharap agar semua perkara di atas akan lunas sebelum RMK12 berakhir, yang mana akan dapat memastikan Sabah terus berada dalam pembangunan arus perdana negara.

Muhyiddin Cadang Tubuh Majlis Pemulihan Di Negeri dan Daerah

Cadangan yang bernas dari mantan Perdana Menteri Malaysia, untuk kerajaan Perikatan Nasional.

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak yang dibentuk di peringkat negeri dan daerah. Jawatankuasa ini akan berfungsi seperti MPN di peringkat negara. Wow!

Supaya nanti segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat tanpa mengira lapisan akan mudah dikenal pasti dan dicari jalan penyelesaiannya.

Jujur admin katakan baru pertama kali admin mendengar cadangan yang benar benar bertujuan untuk mendalami keluh kesah rakyat. Tahniah!


PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin Yassin mencadangkan agar satu majlis berfungsi seumpama MPN diwujudkan di peringkat negeri dan seterusnya peringkat daerah.

Beliau berkata, fungsi majlis itu bagi memudahkan usaha pemulihan dilaksanakan di peringkat akar umbi.

“Ianya (Majlis Pemulihan Negeri) mungkin boleh dipimpin Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri masing-masing dan di bawahnya pula ada jawatankuasa tindakan peringkat daerah seperti sebelum ini.“Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu kita melihat dan mengetahui lebih terperinci apa sebenarnya keperluan mereka dan kita ambil pendekatan sama, apa yang kita buat di peringkat nasional, kita boleh laksanakan di negeri,” katanya pada sidang media pertama selepas dilantik sebagai Pengerusi MPN.

Muhyiddin turut memaklumkan mesyuarat kali pertama MPN hari ini juga berpuas hati dengan penerangan diberikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai perkembangan terkini program vaksinasi dan kadar kebolehjangkitan Covid-19.

“Kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) juga mula menunjukkan penurunan dan begitu juga jumlah vaksin yang kita miliki mencukupi untuk memulakan suntikan penggalak kepada individu yang memerlukan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, fokus utama MPN ketika ini adalah bagi memulihkan pelbagai sektor dan kumpulan terkesan akibat Covid-19 secara menyeluruh.

“Antara sektor perlu diberi perhatian ialah sektor ekonomi yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan paling banyak menyediakan peluang pekerjaan.

“Selain itu, bantuan untuk usahawan kecil dan sederhana juga turut perlu diberi perhatian agar mereka dapat terus kekal bersaing dan bangkit semula selepas terjejas teruk akibat penutupan sektor ekonomi sebelum ini,” katanya.

MPN juga akan mencari jalan bagi terus membantu golongan rentan di samping mencari jalan untuk menyelesaikan isu kemiskinan bandar dan luar bandar susulan pandemik Covid-19 melanda negara sejak awal tahun lalu.