Raja Petra mencabar Lokman Adam untuk berdebat berhubung tuduhannya sebelum ini yang mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin adalah kerajaan gagal.
Untuk makluman baru saja Lokman di tarik sebagai ahli UMNO, selepas setahun lebih menjadi penganggur parti.
Ini kerana menurut Raja Petra, selayaknya yang dipanggil kerajaan gagal ialah UMNO, memandangkan telah lama sebagai kerajaan tetapi ekonomi orang Melayu masih berada di takuk lama. Walhal kerajaan waktu itu telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk membantu orang Melayu.
Tetapi yang dicanang sebagai kerajaan gagal adalah kerajaan Perikatan Nasional yang baru berumur setahun jagung, kerajaan yang terpaksa berhadapan pandemik Covid 19.
Betul betul munafik, oleh itu Raja Petra mencabar Lokman Adam untuk berdebat.