
Kali ini giliran bekas Menteri Pertanian Sabah Junz Wong pula kita kritik. Kiranya ini kita kritik balik selepas ideanya yang mengada-ngada atau bertaraf longkang selaku bekas Menteri Pertanian Sabah pula tu. Hemmm!
Saya tidak pasti ada adakah idea mengada ngada itu disengajakan atau memang setakat itu jak kemampuan pemimpin-pemimpin Warisan berfikir. Sebab itulah kot kenapa semasa menjadi Menteri Pertanian kerajaan Warisan. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan selaku Menteri dalam soal menyelia hasil tanaman dan mengawal harga barang. Semasa kerajaan Warisan ramai petani mengamuk kerana hasil tanaman mereka tidak dapat dipasarkan atau membusuk. Masih ada yang ingat selepas kerajaan Warisan tumbang baru dia mendedahkan isu Nenas kalau tidak silap? Lagi Baik Junz Wong Jadi Pemborong Nenas? 😂
Junz Wong mempersoal kenapa kononnya kerajaan negeri Sabah tidak bersedia dari awal, bagi mengelak kenaikan harga beras import berlaku. Seperti mengunci harga beras import yang dilakukan oleh kerajaan Singapura atau membeli banyak banyak beras import seperti yang dipraktikkan oleh negara Filipina dan yang terakhir mempermudahkan pengeluaran KWSP 10% bagi menampung kenaikan harga beras import.
Uinna begitu pula idea bekas Menteri Pertanian Sabah dan selaku pembangkang ya. Astaga kalau itulah nah jauh bernas idea tauke sayur tepi jalan.
Tauke Sayur tidak akan menyimpan bekalan begitu banyak takut ada pembekal menurunkan harga. Tauke sayur juga tidak menetapkan harga takut ada pembekal bersaing lalu menawarkan harga yang lebih murah.
Tahu ke Junz Wong bila dia mempersoalkan kenapa kerajaan Sabah tidak mengambil langkah seperti yang diambil oleh negara jiran Singapura dan Filipina. Itu hanya membuktikan parti Warisan sudah kehabisan modal dan Warisan tidak layak mentadbir Sabah sebab tidak mampu membezakan antara kuasa di peringkat negeri dan negara.
Junz Wong tahu ke walaupun negara Indonesia dapat menghidu kenaikan harga beras lebih awal tapi sehingga hari ini mereka tidak mampu menurunkan harga selain bergantung pada hasil domestik dan simpanan beras import. Ertinya seperti negara lain tetap saja rakyat Indonesia berhadapan dengan kenaikan harga beras tidak kiralah beras tempatan atau import. Sedangkan rakyatnya sedia terbeban memandangkan sebelum kenaikan harga, Indonesia merupakan harga beras termahal di Asia Tenggara.
Tahu kenapa Indonesia berhadapan dengan kenaikan harga? sebab pengeluar beras dunia India telah menghentikan eksport beras sehingga 80% pada 20 Julai 2023. Langkah itu dibuat sebab kerajaan India takut bekalan dalam negara tidak mencukupi akibat ancaman El nino kelak.
Sedangkan rakyat Malaysia hanya berhadapan dengan kenaikan harga beras import dan ia disebabkan oleh faktor luar iaitu nilai ringgit yang merudum. Masih belum cekap sebagai kerajaan perpaduan ke, apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah, GRS?
Lucu atau pembohong besar sangatlah pemimpin Warisan. Sengaja membuat kenyataan dan gesaan seperti itu dengan harapan mereka yang berfikiran cetek mempercayainya dan menyalahkan kerajaan GRS.






















Leave a Reply