
Kenaikan harga beras import menyebabkan permintaan beras putih tempatan meningkat. Beras putih tempatan bukan hanya murah tapi lebih berkhasiat. Tengok saja orang dulu dulu walaupun usia telah mencapai lebih 60 tahun pun masih lagi gagah turun ke Sawah.
Jadinya jangan kamu manipulasi kenaikan beras import sebab disana ada rezeki orang kampung atau petani yang selama ini berhempas pulas demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Kecuali anda memang berhati busuk.
Apalah maknanya kamu siang malam bercakap politik kononnya pasal nasib rakyat tapi bila rezeki tidak disangka datang tidak dijemput, tanpa kamu sedari, kamu menafikannya. Hipokrit!
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga beras putih import memberi manfaat kepada industri padi dan beras negara kerana ia telah mendorong peningkatan permintaan pengguna kepada beras putih tempatan, kata Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Azman Mahmood.
Beliau berkata, kenaikan harga beras putih import di seluruh negara susulan penyelarasan harga yang dibuat oleh Padiberas Nasional Bhd (BERNAS), menyebabkan pengguna kini lebih cenderung membeli beras putih tempatan yang dijual pada harga dikawal iaitu sekitar RM2.60 sekilogram atau RM26 sekampit.
“Apabila harga beras putih import melonjak daripada RM33 kepada RM39, ia akan menjadi satu fenomena, semua orang akan mencari beras tempatan.
“Dahulu sekitar 2021, beras tempatan tiada permintaan. Semua cari beras import sebab harga tidak jauh berbeza, sekarang (beza) RM26 dengan RM39. Semua akan fokus kepada beras tempatan terutama peniaga,” katanya kepada BERNAMA ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Apabila harga beras putih import melonjak daripada RM33 kepada RM39, ia akan menjadi satu fenomena, semua orang akan mencari beras tempatan.
“Dahulu sekitar 2021, beras tempatan tiada permintaan. Semua cari beras import sebab harga tidak jauh berbeza, sekarang (beza) RM26 dengan RM39. Semua akan fokus kepada beras tempatan terutama peniaga,” katanya kepada BERNAMA ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Jumaat lalu, BERNAS menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 setan kepada RM3,200 setan sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.
Menurut BERNAS, faktor luaran seperti iklim yang tidak menentu dan kadar pertukaran mata wang yang lemah, secara kolektif mencetuskan kesan ketara ke atas pasaran dagangan beras global ditambah dengan kesan larangan pengeksportan beras putih diumumkan India baru-baru ini.
Dengan mengambil kira perkembangan itu, Azman berkata, langkah perlu diambil bagi meningkatkan pengeluaran beras putih tempatan, sekali gus menampung keperluan pengguna dalam negara dan mengurangkan kebergantungan kepada beras import.
Katanya, tahap sara diri (SSL) bekalan beras negara yang kini berada di paras 62 peratus sedikit membimbangkan kerana ia terdedah kepada gangguan bekalan sekiranya berlaku perkara yang boleh menjejaskan bekalan beras import.






















Leave a Reply