
Presiden SAPP, Yong Teck Lee perlu membuat perhitungan politik sama ada menyokong Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan GRS di peringkat negeri Sabah atau menyebelahi pembangkang. Pembangkang ni ada dua, kalau di peringkat persekutuan di panggil Perikatan Nasional, kalau di peringkat negeri UMNO dan Warisan.
Tapi YTL perlu beringat kerjasama UMNO dan Warisan adalah kerjasama palsu dan sangat rapuh ia dibentuk setelah gagal merompak jawatan Ketua Menteri Sabah dari GRS. Ingin YTL bekerjasama dengan puak ni?
“Mereka (SAPP) perlu memilih. Saya rasa anda perlu hentikan ‘main dua kolam’ (bermain dalam dua kolam politik),” kata Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah, (GRS) Masidi Manjung pada Jumaat (18 Ogos).
“Ini supaya pengundi tidak keliru. Bagi saya, SAPP perlu buat keputusan,” katanya.
Sebelum ini Ronald Kiandee selaku Ketua Bersatu Sabah juga ada menuntut perkara sama supaya YTL menyatakan pendirian politiknya.
Kenyataan politik BN berhubung kedudukan YTL jangan ambil kisah sangat, mereka itu sendiri lagi teruk bukan lagi main dua kolam tapi lautan sudah. Kepimpinan UMNO bercakap terbalik bolehlah.
Polemik melibatkan SAPP ni timbul bila Yong Teck Lee membuat kenyataan kononnya SAPP akan bertanding di semua kerusi yang akan dipertandingkan dalam pilihan raya negeri akan datang.






















Leave a Reply