GRS Bekerjasama dengan PH Menjelang PRN Sabah

Gabungan Rakyat Sabah, GRS akan bekerjasama penuh dengan Pakatan Harapan, PH  menjelang pilihanraya negeri Sabah yang akan datang.

Ertinya GRS dan PH akan berhadapan dengan UMNO dan Parti Warisan selaku pembangkang di peringkat negeri Sabah.

Pun begitu Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor tidak menolak kemungkinan akan ada kerjasama dengan BN memandangkan BN juga sebahagian daripada kerajaan perpaduan diperingkat Persekutuan seperti Pakatan Harapan (PH).

Tidak menolak bermaksud mungkin dipertimbangkan jika UMNO sudah sedar diri dan sudah berpisah dengan Warisan. Yang juga paling penting bila pemimpin terdesak dalam UMNO Sabah sudah pupus.

Bukan pula bererti dengan ini GRS  yang terhegeh-hegeh ingin menjalin kerjasama dengan UMNO. Walaupun diketahui gila kuasa dan tikam belakang. Seperti mana langkah Kinabalu, dimana UMNO dan Warisan yang bermusuhan tiba tiba berkerjasama semata-mata cuba merompak jawatan Ketua Menteri Sabah dari kerajaan GRS.

UMNO atau BN disebut oleh Ketua Menteri Sabah Hajiji kerana kebetulan berada dalam kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan. Hakikatnya di Sabah UMNO sudah wanted dan amat menakutkan untuk diajak berkawan.

Malang benar bagi Warisan akibat perbuatan sendiri, ibarat gajah sama gajah bergaduh Warisan yang duduk di tengah, tersepit lalu mati.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading