
Soalan Adun Senallang, Shafie Apdal pada mesyuarat pertama penggal ke empat DUN yang keenam belas 09hb Ogos 2023.
Soalan 3. Shafie Apdal [Senallang] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN.
Sila jelaskan secara terperinci kandungan MoU yang ditandatangani dengan SK Nexilis kerana amat menghairankan bagaimana SESB mampu menyalurkan bekalan elektrik yang begitu banyak kepada hanya satu syarikat sedangkan seluruh rakyat Sabah menderita atas sebab kekurangan bekalan.
Jawapan 3. Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe.
Sebelum kamu membaca jawapan dibawah. Suka saya membuat kesimpulan mudah bahwa jawapan Yb Phoong itu dapat menjawab soalan buruk sangka Shafie Apdal dengan agak baik.
Bahwa perancangan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada syarikat SK Nexilis Malaysia Sdn Bhd (SK Nexilis) telah dimulakan dan dipersetujui pada tahun 2021 lagi. Perjanjian Bekalan Tenaga Elektrik (Electricity Supply Agreement) yang ditandatangani di antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan SK Nexilis telah dimeterai pada 17 Julai 2023 setelah ianya diteliti dan diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Sebagai makluman tambahan Ahli Yang Berhormat Senallang, Perjanjian Bekalan Tenaga Elektrik (Electricity Supply Agreement) ini adalah amalan lazim dalam memberikan perkhidmatan pembekalan elektrik kepada mana-mana pengguna dan bukannya melalui memorandum persefahaman (Memorandum of Understanding).
Perjanjian tersebut telah mengambil kira keperluan bekalan tenaga elektrik oleh SK Nexilis di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) secara berperingkat bermula dengan 5MW pada tahun 2023 dan hanya akan mencapai kehendak maksima 70MW pada sekitar pertengahan tahun 2024.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) Sabah yang dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah meluluskan cadangan pembangunan loji janakuasa (power plant) baharu di Pantai Barat Sabah dengan kapasiti sebanyak 100MW. Tujuannya bagi menampung keperluan SK Nexilis dan pengguna-pengguna domestik yang lain.
Selain itu, Mesyuarat JPPPET Sabah juga telah meluluskan pelaksanaan projek fast-track iaitu penyewaan dua (2) set penjanaan Powership dengan jumlah kapasiti 224MW di Pantai Timur Sabah yang dijangka akan mula beroperasi pada bulan Oktober 2023 bagi menampung keperluan semasa.
Disamping itu, cadangan projek-projek penjanaan bekalan tenaga elektrik lain yang telah diputuskan dalam mesyuarat JPPPET tersebut akan juga dilaksanakan mengikut jadual bagi memastikan kapasiti penjanaan terus kukuh di Negeri Sabah.






















Leave a Reply