Sumbangan Tunai STR Sabah Setakat 2023 Berjumlah 799,782 Melibatkan RM696.3 Juta

Soalan Yb Kapayan, Jannie Lasimbang kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dalam mesyuarat keempat dewan undangan negeri Sabah ke 16 bersamaan 8hb Ogos 2023.

Soalan berhubung jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahman (STR) Sabah pada tahun 2023. Khususnya untuk DUN Kapayan dan apakah faktor menyebabkan pemohon mendapatkan bantuan.

Ketua Menteri menjawab dalam bentuk lisan. Bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan ikhtiar untuk ‘Meminimum Beban Sara Hidup’ di bawah Tekad Ketiga yang menelusuri kerangka pembangunan Malaysia MADANI iaitu “Menegakkan Keadilan Sosial Untuk Merapatkan Kesenjangan” (ketidakseimbangan/ perbezaan). Secara keseluruhannya, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan membantu meringankan beban sara hidup kepada lebih kurang 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 billion di seluruh negara.

Bagi negeri Sabah, jumlah keseluruhan penerima adalah seramai 799,782 orang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM696.3 juta (Ringgit Malaysia: Enam Ratus Sembilan Puluh Enam perpuluhan Tiga Juta). 

Manakala untuk DUN Kapayan seramai 1,345 penerima yang layak. Ia berdasarkan alamat dan poskod yang dimajukan oleh pemohon.

Dibawah jumlah penerima mengikut daerah.

BilDaerahJumlah penerima
1Kota Kinabalu131,120
2Sandakan84,190
3Tawau78,186
4Keningau47,171
5Kota Marudu44,898
6Lahad Datu40,990
7Kota Belud36,193
8Papar33,464
9Semporna33,078
10Ranau32,820
11Kudat31,155
12Tuaran27,130
13Beaufort19,850
14Tenom19,262
15Penampang17,688
16Beluran15,743
17Tamparuli14,513
18Kota Kinabatangan12,850
19Tambunan12,727
20Sipitang11,352
21Kunak10,829
22Nabawan10,142
23Membakut6,743
24Kuala Penyu5,918
25Telupid5,855
26Inanam4,428
27Bongawan4,111
28Menumbok2,675
29Likas1,182
30Putatan1,079
JUMLAH797,342
Penerima seluruh Sabah adalah 799,782. Perbezaan baki statistik 2,440 adalah melibatkan lokaliti kecil dengan jumlah penerima yang sedikit.
  • BILANGAN PENERIMA TIDAK MEMPUNYAI AKAUN

21,523 orang.

Pembayaran dibuat secara fasa empat kali.

Fasa Pertama – Januari 2023;

Fasa Kedua – April 2023;  

Fasa Ketiga – mulai 26 Jun 2023;

Fasa Keempat – dijangka November 2023.

Berkenaan kelayakan pemohon, Ketua Menteri menjelaskan seperti dibawah.

Individu yang terdiri daripada kategori-kategori berikut adalah layak untuk menerima STR:

  • Pertama ialah kategori Isi Rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM5,000.00;
  • Kedua ialah kategori Warga Emas Tiada Pasangan yang mempunyai pendapatan di bawah RM5,000.00 dan berusia 60 tahun dan ke atas;
  • Ketiga ialah kategori Bujang yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,500.00 dan berusia antara 21 tahun sehingga 59 tahun. Bagi Bujang OKU, had umur adalah antara 19 tahun sehingga 59 tahun dengan pendapatan di bawah RM2,500.00.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading