Sudah tiga empat bulan macai Warisan mempolitikkan jalan rosak yang mereka jolok seperti di bulan, walaupun mereka tahu jalan rosak berkenaan diwarisi dari kerajaan negeri Warisan.
Jalan di bulan yang macai Warisan maksudkan ialah jalan Telupid, Sandakan.
Masa kerajaan Warisan melalui Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Peter Anthony ada menyatakan akan membaikinya, seperti mana laporan berita yang bertarikh Januari 2019, iaitu beberapa bulan setelah Warisan menjadi kerajaan. Tapi sehingga kerajaan Warisan tumbang, walau satu inci pembaikan jalan tidak berlaku.
Ini juga membuktikan jalan rosak di Sabah berlaku era kerajaan Warisan dan gagal dibaiki. Tapi peliknya kerajaan GRS yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor pula yang dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh macai Warisan. Macam bodoh!
Selepas ini jangan lagi ada yang mengaitkan jalan di bulan dengan kerajaan GRS, sebab itu hanya membuat anda nampak mengada ngada dan sangat bodoh.

Pada 16hb Jun 2023 saya dari Kota Kinabalu menggunakan jalan darat dan saya dapati jalan rosak di Telupid dan Kinabatangan sedang dalam proses pembaikan secara besar besaran yang dilakukan oleh kerajaan GRS. Seperti gambar dibawah yang sempat saya ambil dari begitu banyak kerja kerja pembaikan yang sedang berjalan.
Kamu tengok juga lori yang membawa lebih muatan, lori seperti inilah yang menyebabkan jalan rosak teruk yang kalau dibaiki memerlukan kos yang begitu besar.


























