Pencerahan Permohonan Tanah Bil. 20-23150247 YB Datuk Abdul Ghani Yassin (ADUN Nabawan)

Mengenai isu PT Tanah atas nama saya yang dilontarkan oleh Merotai.

Saya merasa terpanggil untuk memberikan pencerahan mengenali permohonan tanah bil. 20-23150247 seluas 320 ekar di atas nama Abd Ghani Mohd Yassin.

Untuk makluman semua ahli Dewan kawasan yang dipohon terletak di Daerah Nabawan. Kawasan tersebut dulu adalah berada di bawah Hutan Simpan Pensiangan Kelas II yang telah dibubarkan yang kini telah di wartakan sebagai Tanah Kerajaan Tatalaan.

Pemimpin masyarakat dapati banyak permohonan daripada orang-orang luar Daerah Nabawan dan syarikat-syarikat daripada luar sangat berminat untuk memohon tanah tersebut khususnya TOL untuk membalak. Utk makluman, hampir semua kawasan membalak dgn syarat TOL adalah sebelum September 2020.

Dimaklumkan beberapa lagi penduduk kampung lain tidak mahu tanah ini jatuh ke tangan orang luar dan syarikat-syarikat luar.

Oleh itu mereka merancang untuk terlebih dulu memohon kawasan tersebut dengan tujuan menubuhkan koperasi untuk projek ternakan dgn usahasama bersama dgn SLDB. Cuma masalahnya adalah, koperasi dlm peringkat pemprosesan permohonan dan Pemimpin masyarakat di kawasan tersebut tidak yakin dan amat khuatir tidak dapat bersaing dengan individu-individu dan syarikat yang mempunyai kemampuan dan sumber yang luar biasa.

Oleh kerana itu, mereka telah berjumpa dan merayu kepada Saya agar kalau boleh permohonan ini dibuat atas nama Saya bersifat sementara dan dengan syarat Pemilikan Tanah tersebut akan diserahkan semula kepada mereka yang terlibat dalam perancangan penubuhan koperasi juga sedang diusahakan dengan perancangan yang dicadangkan.

Setelah membuat pertimbangan, saya setuju dengan cadangan pemimpin masyarakat ini dengan memikirkan, sekiranya permohonan dibuat atas nama Saya maka pastilah individu2 dan syarikat2 berkenaan tidak akan meneruskan memohon kawasan tersebut. Pemimpin masyarakat juga beranggapan bahawa menggunakan nama saya adalah merupakan benteng pertahanan sahaja untuk menghalang permohonan individu-individu dan syarikat-syarikat tersebut.

Selepas mendengar penjelasan dan rayuan mereka…. Maka Saya secara ikhlas pun bersetuju tetapi dengan bersyarat. Sekiranya ada isu-isu negatif yang muncul kerana ini, maka mereka hendaklah bersedia untuk memberikan penjelasan. Perkara ini juga sepatutnya tidak dipolitikkan demi kepentingan mana-mana pihak.

Integriti dan ketelusan Dalam prosedur permohonan Tanah ini juga dapat dinilai kerana tidak melanggar dan menganggu prosidur Jabatan Tanah dan Ukur dan PPHT untuk mengemukakan dan membentangkan Notis Permohonan Tanah Kerajaan, seksyen 13 dimana ianya di kemukakan kepada umum mengenai permohonan tanah ini.

Apabila sampai masanya nanti, saya akan menarik diri, menyerahkan dan perkara ini boleh diteruskan dan diberi milik kepada koperasi yang dicadang itu dan berasal dari Daerah Nabawan.

Saya ingin nyatakan dalam dewan yang mulia ini. Kalau saya pemimpin yang ambil kesempatan, sejak saya menceburi politik sudah banyak peluang yang boleh saya gunakan tapi saya bukan pemimpin yang peralatkan kedudukan saya untuk kepentingan peribadi.

2 thoughts on “Pencerahan Permohonan Tanah Bil. 20-23150247 YB Datuk Abdul Ghani Yassin (ADUN Nabawan)

Add yours

  1. Lannttakklah kamu YB. Pernah juga suatu masa dahulu, ada YB buat kerja yang sama caranya yang engkau buat harini. Tanah konon dipohon untuk Rakyat dengan dilampirkan senarai nama orang kampung. Bila geran keluar, tanah lebih seratus itu ekar itu atas nama seorang YB berkenaan walaupun dijanjikan setiap penama akan dapat juga geran masing², tidak pernah dibuat. Jangan nanti berlaku Pisang berbuah duakali. Sekian.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: