Ada sudah jawapan tuntas dan berkecuali dari pihak yang bertanggungjawab SESB berhubung gangguan bekalan elektrik.
Rakamannya ada dibawah, saya juga sediakan
subtitle supaya senang diikuti oleh pembaca sekaligus diteliti dan difahamkan.
Baru baru ini berlaku gangguan elektrik melibatkan sebahagian besar daerah di negeri Sabah yang diambil kesempatan oleh pemimpin dan Cybertrooper parti Warisan untuk dimanipulasi bagi menyalahkan kerajaan negeri GRS.
Begitu terdesak dan berkobar kobarnya pihak Warisan mempolitikkan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Sabah ketika itu.
Sampaikan laskar Warisan yang tidak memahami langsung erti tanggungjawab dan ilmu pun berani mengeluarkan kenyataan dan beretorik. Seolah olah pembentukan kerajaan tidak melalui proses demokrasi yang menuntut sokongan atau undi daripada rakyat, jadi tidak perlu menjaga keperluannya masyarakat dan membiarkan negeri ini binasa. Begitu gambarannya.
Betapa dangkal dan melampau kritikan yang dilemparkan sampai saya terfikir golongan mana agaknya yang akan tertipu oleh si bodoh. Sebab hanya orang bodoh yang mengaitkan gangguan bekalan elektrik dengan Kerajaan negeri Sabah lalu ada yang mempercayai pembohongan mereka.
Dibawah ini jawapan SESB ke atas kritikan mengada-ngada pihak pembangkang. Bukan hanya menjawab kritikan tapi memaklumkan ada peralatan baru dan janakuasa baru yang akan dipasang di Sabah bagi memastikan gangguan tidak berulang, kalau pun berlaku adatlah tu, kita manusia pun dilanda penyakit atau musibah yang membawa kematian.
Saya sudah katakan SESB adalah milik TNB syarikat separuh kerajaan antara yang paling kaya di dunia. Jadi, tidak mungkin membiarkan SESB lemah dan tidak produktif, seolah olah pengerusi TNB tidak terfikir kerana naif, sedangkan yang bekerja di lapangan terdiri dari engineer.
So desakan pihak Warisan agar kerajaan Sabah terlibat dalam isu yang dihadapi oleh SESB ini adalah tidak logik. Ini kerana TNB syarikat bertaraf dunia dan gangguan letrik disebabkan oleh cuaca panas yang bersifat sementara.
Bukan macam kerajaan Warisan memberi pinjaman RM300 juta pada syarikat billionaire, AirAsia, walhal waktu itu ramai orang Sabah yang mengharapkan keuntungan dari slogan Sabah for Sabahan atau Sabah Ubah, tapi rupanya Kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan.
Menurut Pengurus Besar Kanan Sabah Electricity Sendirian Berhad SESB, Engineer Idris Mohd Noor penggunaan tenaga elektrik di seluruh wilayah Sabah dan wilayah persekutuan Labuan telah mencapai tahap tertinggi iaitu sebanyak 1080 megawatt.
Bulan ini sahaja sistem grid Sabah yang dikendalikan SESB mencatatkan rekod tertingginya pada khamis lalu, catuan terpaksa dilakukan pada waktu beban puncak iaitu daripada jam 2 hingga 4 petang dan 7 hingga 9 malam bagi meningkatkan margin simpanan tenaga elektrik di sistem grid sabah.
11 unit set jana kuasa bergerak telah dipasang di beberapa lokasi strategik, ada perancangan untuk membina satu jana kuasa interim dengan kapasiti 30 megawatt ianya telah pun di dalam proses tindakan yang kita jangkakan akan siap sekitar September 2023. Dan sebenarnya kalau mengikut perancangan pada tahun hadapan 2024 memang akan ada jana kuasa baru di Sabah dan sementara menunggu jana kuasa tersebut siap maka kita akan mengambil langkah langkah proaktif preventif, apa yang kita buat sekarang di samping itu saya juga mengambil peluang untuk berkongsi dengan semua bahawa salah satu daripada jana kuasa milik SESB ya kalau tuan tuan semua aware stesen jana kuasa hidro Tenom Pangi yang itu sebenarnya boleh menjana elektrik sekitar 60 Megawatt.