Naib Presiden Warisan, Jaujan Harap Kerjasama Dengan UMNO Menjadi Kenyataan ðŸ¤¥

Naib Presiden Warisan, Jaujan Sambakong sangat berharap yang ura ura bekerjasama dengan UMNO menjadi kenyataan. Uik, ini namanya politik kotor dan cakap tidak serupa bikin.

Alasan yang dia berikan sebab ingin membantu rakyat Sabah dan untuk ke stabilan politik.

Membantu rakyat? rakyat apa yang dibantu. Semasa Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah. Hanya menyalurkan bantuan kepada rakyat Sabah pun tidak cukup, bukan lagi tidak cukup malah gagal disalurkan, bila mana berlaku penyelewengan yang dilakukan oleh kakitangan bahagian kewangan kerajaan negeri yang bertanggungjawah. Waktu itu ramai penerima hanya menerima SMS yang memaklumkan bantuan tunai kerajaan negeri telah dikreditkan ke akaun bank tapi bila di semak wangnya tidak ada.

Yang Jaujan cakap untuk kestabilan politik, itu jangan kita peduli, bohong saja tu.

Dulu sesiapa yang meninggalkan Warisan dan menyokong UMNO akan dicaci dan dituduh sebagai pengkhianat dan tali barut Malaya oleh jentera dan penyokong Warisan. Walaupun ketika itu dijelaskan bahwa Shafie itu sendiri bekas Naib Presiden UMNO dan pernah memegang jawatan Menteri persekutuan malah isterinya orang Malaya. Jadi tidak sepatutnya mereka membuat tuduhan seperti itu.

Tapi tidak tetap saja menganggap orang Sabah yang menyokong UMNO sebagai tali barut Malaya, sehinggalah hari ini.

Hakikatnya sejak dari dulu majoriti rakyat Sabah, sedar apa yang didakwa oleh pemimpin dan jentera Warisan hanyalah retorik untuk menipu rakyat Sabah. Terbukti Warisan gagal menuntut hak dalam perjanjian Malaysia 1963 seperti mana manifesto Warisan dan tidak pernah menang dalam mana mana pilihan raya.

Sebaliknya hanya golongan naif dan mereka yang kepuakan yang sudi menyokong dan mengundi calon Warisan.

Sedangkan kalau benar mereka orang Sabah yang hidup merdeka, intelek dan tidak ada sangkutan kekeluargaan dengan Shafie serta barisan kepimpinan Warisan, pasti mereka menolak parti Warisan.

Lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Warisan selama dua tahun lebih. Sempornanisasi kan? sampaikan ramai yang marah menyebabkan Warisan tumbang pada pilihan raya negeri Sabah 2020.

Sewaktu saya menyokong politik Warisan secara tidak official saya ada membuat entri di facebook bahwa KDMR yang menyokong UMNO adalah badut. Entri itu mendapat reaksi positif dari pemimpin dan penyokong Warisan, sebagai kenyataan yang jelas dan benar lalu mereka sebarkan di medsos.

Saya yakin entri itu telah memberi impak pada parti Warisan dan memberi kesan sehingga hari ini.

Bagaimana pula jika kerjasama UMNO dan Warisan menjadi kenyataan, adakah gelaran KDMR yang menyokong UMNO adalah badut tetap relevan pada penyokong Warisan? jangan munafik.

Nampak tak lidah Warisan macam biawak bercabang, sebab itulah pada saya kritikan pemimpin Warisan hanyalah pembohongan yang mereka jalankan setiap hari.

Apa lagi propaganda yang mereka bakal mainkan setelah bekerjasama dengan UMNO. Memang masuk tong sampahlah.

Rupanya masih ada pemimpin Warisan yang berjiwa UMNO, walhal menurut Shafie dia dibuang dari UMNO gara gara menuduh Najib terpalit dengan 1MDB.

Begitu juga Najib, menuduh Shafie gagal memanfaatkan peruntukan 6 bilion yang di salurkan ke Kementerian KKLW dan Shafie serta kerabatnya di siasat oleh SPRM berhubung projek yang ada kaitannya dengan Kementerian KKLW.

Dan kamu tahu ke akibat tuduhan itu, siapa yang mencadangkan pada Najib supaya Shafie dibuang dari UMNO? tidak lain tidak bukan Abdul Rahman Dahlan.

Hari ini Rahman Dahlan dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno walaupun kalah dalam pilihan raya umum baru baru ini kepada calon Warisan. Sebab itulah kot sehingga hari ini dia enggan bekerjasama dengan Warisan.

Tuduhan Shafie ke atas Najib berhubung 1MDB, menyebabkan parti Warisan mendapat sambutan pada peringkat awal pengenalan Warisan di Sabah.

Ironinya Najib di dakwa di Mahkamah semasa kerajaan PH, kerajaan PH waktu itu terdiri dari komponen PH dan Warisan, setelah berjaya menumbangkan UMNO dalam pilihan raya umum 2018. Ertinya Warisan Plus terlibat dan bertanggungjawab memenjarakan Najib Razak selama 12 tahun.

Walaupun Warisan secara langsung bertanggungjawab memenjarakan Najib Razak tapi hari ini terhegeh hegeh ingin bekerjasama dengan parti UMNO. Memang tidak boleh pakai langsung.

Bagaimana dengan sentimen tolak Malaya atau UMNO yang dicanang oleh Presiden Warisan hingga berjaya menanam rasa benci segelintir orang Sabah terhadap orang Malaya?

Sampaikan dalam ceramah politik, Shafie menjelaskan yang dibenci oleh Warisan bukannya Semenanjung atau Malaya tetapi parti UMNO. Tapi hari ini ada harapan menjilat kilat ludah yang sudah kering.

Akibat sentimen yang ditanam oleh kepimpinan Warisan ke atas parti UMNO. Calon calon Warisan diundi dan mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum 2018.

Namun dalam pilihan raya umum 2020 parti Warisan bertanding di Malaya dan hanya mendapat 3 kerusi Parlimen, semuanya di Sabah. Malah hari ini bercita cita bekerjasama dengan UMNO parti dari Malaya. Hahaha!

Hampir rosak adab orang Sabah gara gara pembohongan pembohongan yang cuba diserapkan oleh kepimpinan dan jentera parti Warisan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: