Akhirnya UMNO Warisan Bekerjasama Yang Nampak Bodoh Penyokong Mereka

Di hebohkan oleh laskar Warisan yang mereka akan bekerjasama dengan UMNO Sabah dan itu membuat mereka gembira. Seolah olah rakyat Sabah tidak mampu menilai balik pergolakan yang di cetuskan oleh kepimpinan UMNO dan Warisan sebelum ini.

Hoi hoi ya hoi…….

Kerjasama itu dizahirkan sendiri oleh Shafie dan Bung Mokhtar selaku ketua. Ertinya kerjasama itu pasti menjadi kenyataan, walaupun sebelum ini kepimpinan UMNO menjadi cacian hingga berjaya meyakinkan segelintir rakyat Sabah untuk menolak parti parti dari Malaya, khususnya UMNO.

Begitu juga UMNO berjaya menukar Warisan menjadi talian hayat bila kebencian dan hinaan yang mereka lemparkan ke atas pemimpin dan penyokong Warisan berjaya menyedarkan segelintir rakyat Sabah untuk kekal bersama UMNO.

Pertanyaannya!

Adakah kerjasama itu tidak membuat jentera dan penyokong Warisan nampak lebih bodoh dari penyokong UMNO? memandangkan selama ini pemimpin dan penyokong Warisan giat membodohkan penyokong UMNO, bila tetap menyokong walaupun mereka tahu Najib Razak, Zahid Hamidi, Bung Mokhtar dan beberapa lagi dibicarakan di Mahkamah kerana menyeleweng wang rakyat.

Oleh itulah tidak benar justifikasi yang dipakai oleh Shafie, katanya dia sanggup melupakan sengketanya dengan UMNO.

Sebab kerjasama itu tidak hanya melibatkan dirinya dan Bung Mokhtar. Tapi bagaimana dengan dakwaan pemimpin dan penyokong masing masing atas keduanya yang telah mengaibkan mereka dan merosakkan keharmonian kaum di Sabah.

Kita tengok apa alasan kedua penyokong mereka selepas ini. Adakah mereka ingat orang Sabah mudah di akal akalkan seperti makhluk yang tidak berotak?

Kalau selama ini apa yang diperjuangkan oleh Presiden Warisan melalui slogan Sabah Ubah aka tolak Malaya atau UMNO adalah benar demi kebaikan Sabah, maka semestinya penyokong Warisan tidak lagi membuntutnya dari belakang. Tapi ke depan dan berhenti dari menyokong Warisan supaya tidak dianggap penumpang, plastik dan tidak bermaruah.

Paling sandi dianggap tujuan mereka menyokong Warisan untuk mengubah struktur negeri dan rakyat Sabah walhal ia perkara yang mustahil. Hak tetap hak tidak boleh dinafikan sampai bila pun.

Sepatutnya kerjasama ini menjadi titik tolak kepada penyokong Warisan untuk merealisasikan kebencian mereka terhadap UMNO setelah berjaya di doktrin melalui slogan Sabah Ubah dan tolak Malaya. Betul tak?

Semua pun tahu Shafie bekas Naib Presiden UMNO dan pernah berjawatan Menteri KKLW, namun gagal membawa kemajuan pada negeri dan rakyat Sabah. Semasa kerajaan Warisan, KDNK Sabah menjunam sehingga 0.5% ertinya sikit lagi rakyat Sabah berhadapan dengan krisis ekonomi rumahtangga yang kritikal. Sebab itu kesannya dirasai sehingga hari ini.

Menurut  Najib, Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak 6 bilion semasa Shafie menjadi Menteri KKLW. Tapi nampaknya gagal disalurkan kepada negeri dan rakyat Sabah. Itu yang menurut penyokong PKR pada waktu itu, Shafie bodohkan orang Sabah kalau tidak sudah tentu paling tidak keperluan asas seperti bekalan air bersih dan jalan raya diluar bandar telah selesai.

Saya pelik, bila penyokong Warisan beretorik dengan jalan raya rosak, bekalan air bersih dan kemudahan prasarana diluar bandar. Seolah olah mereka tidak tahu Shafie pernah menjadi Menteri KKLW dan Ketua Menteri Sabah yang bertanggungjawab menyelesaikan isu prasarana yang dimainkan oleh mereka.

Begitu lama UMNO memerintah Sabah tapi kemajuan yang di capai jauh ketinggalan berbanding  negeri negeri di Semenanjung. Ternyata antara lain berpunca dari kegagalan Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal. Betul tak?

Jadi pada laskar Warisan cermin dulu muka tu sebelum mempolitikkan kekayaan Sabah yang tidak setanding dengan kemiskinan rakyatnya sebab orang yang bertanggungjawab adalah bos Warisan dan politik UMNO ke atas Sabah selama ini.

Orang Sabah tidak lupa pada cacian yang dilemparkan oleh pemimpin Warisan dan laskar mereka ke atas kepimpinan UMNO, begitu jua sebaliknya. Ertinya jangan ingat kerjasama UMNO dan Warisan tidak membuktikan siapa diri mereka. Hakikatnya membuktikan ketamakan Shafie yang ingin menyandang jawatan Ketua Menteri Sabah dan keterdesakan Bung Mokhtar yang ingin bebas dari sabitan bersalah di Mahkamah berhubung skandal FELCRA.

Dulu mengata penyokong UMNO sanggup bodoh demi pemimpin UMNO yang kantoi mencuri, hari ini penyokong Warisan dan UMNO duduk dalam rumah yang sama. What the bodoh dan pembohong!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: