
Panas, perdebatan diantara pesara guru melawan laskar Warisan Semporna berkisar tentang sikap dan atitud penyokong Warisan yang hipokrit tatkala berhujah politik khususnya dalam soal perjanjian Malaysia 1963.
Jentera Warisan suka melemparkan tuduhan yang kurang enak tatkala berhujah dengan musuh mereka, baik dari GRS mahu pun UMNO. Seolah olah orang tidak tahu sejarah politik Sabah dan siapa mereka semasa dalam UMNO.
Justeru itu penyokong Warisan mendakwa kononnya penyokong parti UMNO atau Bersatu (GRS) tidak bermaruah dan menjadi tali barut Malaya atau Semenanjung hanya kerana tidak menyokong Warisan. Disini penyokong Warisan kantoi membohong dan hipokrit.
Mereka lupa siapa Presiden Warisan sebelum ini. Shafie bekas pemimpin UMNO yang berjawatan Naib Presiden UMNO Malaysia dan pernah menyandang jawatan Menteri di peringkat persekutuan.
Justeru catatan sejarah itu telah menimbulkan persoalan dalam perdebatan berkenaan.
Kenapa sewaktu Shafie menjadi Naib Presiden UMNO dia tidak bercakap soal perjanjian Malaysia. Kenapa baru sekarang, hanya bila tidak lagi berkuasa malah cuba pula menipu rakyat Sabah agar bersama mereka.
Netizen atau pesara guru berkenaan turut mengingatkan sejarah PBS yang dijatuhkan oleh UMNO sedangkan antara orang yang membawa UMNO ke Sabah adalah Shafie. Oleh kerana itu jangan harap majoriti KDMR akan menyokong Warisan atau Shafie.
Hakikatnya boleh saja membuka lembaran baru dalam politik, namanya juga kepartian. Tapi jangan taksub hingga menganggap masyarakat Sabah bodoh, macam yang dipraktikkan oleh pemimpin dan penyokong Warisan sehingga hari ini.
Diingatkan juga yang memperjuangkan perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukannya Shafie Apdal tapi Dr Jeffry Kitingan sebagai pemimpin PBS waktu itu. Hinggakan Dr Jeffry di penjara dibawa ISA kerana didakwa cuba membawa keluar Sabah dari Malaysia.
Kesimpulannya parti Warisan tidak akan ke mana akibat catatan sejarah yang tidak memihak mereka dan yang paling penting sikap Shafie semasa berada di tampuk kuasa bersama UMNO, dia mengamalkan nepotisme dan kronisme. Hari ini bila Shafie berpolitik atas nama parti Warisan tiada sudah pemimpin luar yang berpengaruh mempercayai dan menyokongnya.
Tinggalkan Jawapan