
Pada Februari 2021 kerajaan Sabah melalui Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun akan memperkenalkan atau melaksanakan program regularisasi dan program rekalibrasi tenaga kerja untuk menyelaras pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi memperolehi dokumen pekerjaan yang sah.
Namun pendekatan itu dikritik oleh pembangkang Warisan, pada mereka sepatutnya PATI itu dihantar balik ke negara asal. Sekaligus menuduh kerajaan GRS mesra PATI Filipina dan Indonesia.
Dihantar balik konok, cakap bolehlah. Semasa kerajaan Warisan kenapa kehadiran PATI tidak diselesaikan atau dimanfaatkan. Selain menghantar balik PATI yang bermasalah.
Soal ada pihak yang mempersoal PSS yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Warisan sebelum ini, itu masalah Warisan. Kenapa tidak diteruskan pemberian PSS walaupun ada pihak yang menentang. Bukan kah yang niat yang baik pasti berakhir dengan kebaikan!
Tapi tidak diteruskan, menunjukkan tujuan PSS diperkenalkan oleh kerajaan Warisan adalah semata untuk mencari populariti. Mereka ingat dengan menghentikan program PASS undi Warisan akan bertambah. Ternyata tidak!
Ertinya isu PSS bukannya faktor parti Warisan ditolak oleh pengundi pada pilihan raya negeri Sabah 2020.
Betapa dungunya politik Warisan, hanya pandai mengkritik apa saja yang cuba dilakukan kerajaan GRS Sabah. Walaupun mereka tahu untuk jangka panjang ia dapat menguntungkan negeri Sabah dari segi ekonomi dan menyelesaikan kehadiran PATI yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Warisan sebelum ini.
Begitu juga dengan usaha kerajaan negeri Sabah berhubung prabayar bekalan letrik ke perkampungan setinggan, ia juga dipolitikkan. Sedangkan niat kerajaan murni. Untuk mengelakkan kejadian curi letrik yang telah merugikan kerajaan dalam masa yang sama dapat mengawal kewujudan penempatan setinggan yang selama ini tidak terkawal.
Dalam hal ini apa pandangan penyokong Warisan yang berstatus PTI? adakah kerajaan GRS jahat atau kah GRS ini sebuah kerajaan yang prihatin ada rasa kemanusiaan?
Tinggalkan Jawapan