
Seorang netizen dari Semporna menolak politik Shafie Apdal yang pada mereka tidak lagi relevan untuk dipertahankan ini kerana berdekad Shafie sebagai pemimpin dan Menteri namun gagal membangun masyarakat dan daerah Semporna jauh beza jika dibandingkan dengan Tawau dan Lahad Datu.
Kalau pun Shafie lemah dan gagal membangun Semporna setidaknya sama seperti Lahad Datu, kalau tidak boleh ikut Tawau.
Soal kemasyarakatan di Semporna juga semakin teruk dimana sentimen perkauman semakin menjadi jadi dibawah kepimpinan Shafie. Mana kan tidak yang dijaga hanya kumpulan tertentu yang lain terbiar.
Shafie itu macam juga pemimpin lain tidak ada beza. Hanya lagi dia telah lama menabur dedak pada penyokongnya sebab itulah dia susah dikalahkan di daerah Semporna khususnya.
Seolah olah tidak ada sudah orang lain yang boleh memimpin Semporna selain Shafie dan keluarganya.
Tinggalkan Jawapan