Adalah hal yang bijaksana, jika anda melihat ke belakang supaya tidak lagi mudah diperdaya oleh pihak yang gagal memikul tanggungjawab atau janji selepas kamu berikan mereka sokongan, dalam hal ini yang saya maksudkan ialah parti Warisan.
Dua tahun Warisan menjadi kerajaan negeri Sabah tapi tidak ada apa yang boleh dibanggakan, baik di dalam kampung mahupun di peringkat negeri dan rakyat Sabah.
Bercakap soal perkampungan atau kampung mungkin ramai yang tidak percaya. Di Parlimen Semporna sendiri tidak ada kampung yang diwartakan sebagai perkampungan rasmi walaupun sudah berdekad Shafie menjadi wakil rakyat atau Menteri di peringkat persekutuan, termasuklah semasa Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah. Ironinya Kampung Air dan Kampung Bangau Bangau wujud sebelum Shafie dikenali sebagai pemimpin oleh orang tempatan.
Gagal mengurus kampung kampung di daerah Semporna tapi bolehlah dikatakan sepanjang masa Shafie bercakap fasal hak rakyat Sabah. Boleh percayakah?
Paling pun untuk menutup kegagalan kerajaan Warisan. Mereka sekadar mengangkat cerita pemberian geran tanah, sedangkan yang memproses permohonan tanah sekaligus mengukur tanah dilakukan semasa Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah pada waktu itu.
Video ini memaparkan seorang lelaki berbangsa Bajau Simunul dari Sandakan sedang marah dan menuntut agar kampungnya di wartakan. Dia juga mendakwa kepimpinan Warisan pembohong besar apa bila gagal memikul tanggungjawab mereka hingga menyebabkan bukan hanya kampungnya tapi kampung kampung di seluruh Sabah berhadapan dengan gejala sosial yang semakin teruk.
Tinggalkan Jawapan