
Sebelum ini tersebar berita UMNO adalah dalang di sebalik siasatan SPRM ke atas Wan Saiful sekaligus dibicarakan di mahkamah. Dakwaan itu dibuat oleh mantan perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hari ini Muhyiddin Yassin dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk disoal siasat dan esok akan didakwa di mahkamah atas enam pertuduhan melibatkan dana kerajaan.
Menjadi tanda tanya, kenapa mereka berdua disiasat dan “ditangkap” sedangkan tidak ada laporan Polis atau SPRM dibuat ke atas mereka. Ini membuktikan UMNO adalah dalangnya ya.
Kebetulan pula baru saja Menteri KDN menggunakan kuasanya meluluskan permohonan Presiden UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Sedangkan surat RoS sudah keluar tidak diluluskan.
Menunjukkan kuasa Menteri boleh diperlakukan sesuka hati?
Terserlah sikap orang Melayu bila berkuasa, suka berdendam dan berhasad dengki. Dan tampak cara mereka membersihkan diri ialah menjadikan orang lain bersalah seperti mereka.
Tapi saya percaya tidak semua orang Melayu busuk hati dan mata duitan, masih ramai yang mampu membezakan mana batil mana tidak.
Entah apa yang dimaksudkan dengan dana rakyat dan kenapa selaku Perdana Menteri tidak boleh menggunakannya, sedangkan masa itu negara sedang berhadapan dengan ancaman Covid-19 yang membawa kepada PKP selama hampir lebih dua tahun.
Mungkin ada alasan lain kenapa Muhyiddin terdakwa? kita ikuti saja perbicaraannya.
Apa pun kita serahkan perkara ini kepada pihak yang berwajib dan jangan hukum mereka sebagai orang yang bersalah selagi Mahkamah belum mendapati mereka bersalah.
Seperti dakwaan penyokong UMNO. Sewaktu pemimpin mereka dalam proses perbicaraan mahkamah bahwa Najib dan Zahid tidak bersalah selagi belum dijatuhkan bersalah oleh Mahkamah. Maka hari ini prinsip itu juga terpakai kepada pemimpin PN yang baru dihadapkan di Mahkamah.
Cumanya kenapa pula macai UMNO bergembira sedangkan pemimpin kesayangan mereka sudah pun di penjara dan dua orang lagi sebelah kaki mereka sudah ada di Sungai Buloh.
Begitu juga dengan laskar Warisan turut bergembira, sedangkan pemimpin mereka juga pernah disiasat oleh SPRM dan dihadapkan ke Mahkamah. Tinggal lagi agak bernasib baik sebab kerajaan bertukar tangan. Siapa tahu selepas ini kan?