Kurangkan Berpolitik, GR Fokus Pada Pembangunan – Nizam

Setuju jangan macam Warisan tidak sudah berpolitik last habuk pun tidak ada.

Projek Pan Borneo yang dituntut oleh rakyat Sabah dihentikan oleh kerajaan Warisan, lepas itu bila hari ini menjadi pembangkang sibuk pula mempolitikkan jalan raya yang rosak. Semasa Warisan menjadi kerajaan apa yang mereka buat?

Begitu juga dengan banjir di Penampang, semasa kerajaan Warisan ia dibiarkan. Hari ini sibuk mempolitikkan banjir Penampang.

Pada penyokong Warisan bila nak cerdik?


KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah, didaftarkan sebagai Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (diringkaskan sebagai GAGASAN atau PGRS) atau lebih dikenali dengan singkatannya Gagasan Rakyat, ialah sebuah parti politik tempatan di sabah .

Parti Gagasan Rakyat Sabah mula aktif dan mula memperkasakan jentera parti pada tahun 2016

Dan merupakan komponen utama Gabungan Rakyat Sabah sejak 9 Disember 2022.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, lantikan menjawat jawatan berkenaan adalah satu tugas yang cukup mencabar, namun beliau akan sentiasa bersama-sama dengan para media untuk berkongsi maklumat yang akan di sampaikan berkaitan tentang agenda perjuangan Gagasan Rakyat, termasuklah agenda pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dapat disampaikn dengan tepat kepada seluruh rakyat yang ada di Negeri Sabah.

“Justeru, saya ingin memaklumkan tentang Majlis Pelancaran Gagasan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac 2023 bersamaan Hari Khamis bertempat Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu yang bermula jam 7 pagi dengan ketibaan orang ramai dan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima HJ Hajiji Hj Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah”, jelasnya.

“Seramai lebih 5,000 orang dijangka hadir dari seluruh pelusuk negeri kerana pada ketika ini kita mempunyai keahlian hampir 100 ribu org ahli yg majoritinya adalah bekas ahli-ahli dari terdahulu (Parti Bersatu) dan kini mnjadi ahli PGRS selain terdapat dijangkakan ramai permohonan dari parti-parti yang lain atau dari individu yg belum mmpunyai parti yang berminat dan menyokong di atas segala komitmen yang diberikan Gagasan Rakyat ini,” katanya ketika di temui media pagi tadi.

Selain itu, secara peribadi beliau mengalu-alukan atas hasrat yang di nyatakan oleh ADUN Petagas dan bekas beberapa jawatankuasa bahagiannya serta bahagian-bahagian yang lain untuk keluar dari Parti Warisan yang berhasrat untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Ini merupakan satu petunjuk bahawa Gagasan Rakyat d bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor, sememangnya satu perjuangan yang telah menarik minat orang luar terhadap parti ini, termasuklah ADUN dari parti-parti lain yang kini bersatu padu dan bersama-sama berjuang demi rakyat dan negeri Sabah.

Oleh itu, Parti Gagasan Rakyat sesungguhnya ingin menjadi kerajaan yang fokus untuk membina pembangunan dan tidak mahu terlalu berpolitik yang mana, akhirnya akan merencatkan atau mengagalkan usaha untuk mmbawa kemajuan dan perubahan kepada negeri Sabah agar tidak kekal di takuk yang lama.

Dalam pada itu, beliau berharap dengan landskap politik yang baharu, rakyat Sabah akan terus bersatu di bawah gabungan rakyat Sabah khususnya, Gagasan Rakyat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: