
Jadi betullah berita semalam bahawa Adun Petagas Awang Ahmad Sah Awang Sahari akan meninggalkan Parti Warisan dan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat (GR) atau GRS. Dimana sidang media yang mengumumkannya akan berlangsung hari ini.
Sudah pun berlangsung sebentar tadi. Adun Petagas yang mewakili Warisan nekad meninggalkan Warisan.
Apa apa pun saya ucapkan ribuan tahniah kerana akhirnya menyedari muslihat Warisan yang kalau dibiarkan akan merosakkan keharmonian dan keakraban rakyat Sabah, yang sekian lama dipupuk.
Sebaliknya jika Warisan dibiarkan akan melahirkan masyarakat yang lupa diri, gagal mengenal pasti hak orang lain hingga menggugat keharmonian. Menakutkan!
Warisan rakus dan tamakkan kuasa hingga sanggup melakukan apa saja. Buktinya UMNO dan Warisan sebagai entiti berbeza tapi tiba tiba bekerjasama bagi merampas jawatan Ketua Menteri Sabah dari kerajaan GRS.
Agenda Sabah Ubah telah bertukar menjadi doktrin yang menyesatkan pemikiran dan sikap penyokong Warisan. Seolah oleh pentadbiran Warisan kelak tidak terikat dengan perlembagaan dan boleh melakukan apa saja.
Nasib saja bukan mereka yang menjadi penentu kemenangan pilihan raya.
Tidak lagi percaya pada kepimpinan Warisan khususnya Presiden Warisan, Shafie Apdal adalah faktor utama. Selain Warisan hanyalah perosak kepada kestabilan negeri Sabah. Walaupun kenyataan ini tidak dizahirkan oleh Adun berkenaan tapi saya percaya itulah yang dia rasakan dan nampak.
Sama ada diterima atau tidak oleh kepimpinan Warisan, parti mereka telah menjadi sarang orang orang yang rosak. Justeru itu ramai orang tempatan yang tidak lagi percaya dengan apa pun propaganda Warisan.
Baru baru ini 3 Adun Warisan meninggalkan parti membuat Presiden Warisan hilang punca dan membangkitkannya di peringkat Persekutuan. Pelik isu yang berlaku di peringkat negeri tapi mengadu hingga ke Parlimen. Apa punya Sabah Ubah!!!!!
Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor tidak membuat banyak kenyataan politik tapi disukai oleh pelbagai lapisan kepimpinan. Ini bermakna tuduhan Presiden Warisan Shafie sebelum ini yang mendakwa Adun Warisan meninggalkan parti kerana dibeli oleh kerajaan GRS atau Datuk Hajiji Noor adalah fitnah.
Bukan macam kepimpinan Warisan, dari pemimpinnya hingga laskarnya hampir hari hari membuat kenyataan politik tapi tidak pernah terbukti benar. Mereka juga suka mengeji kerajaan GRS tapi semakin dikeji semakin ramai meninggalkan parti Warisan. Useless punya kerja politik. Hahaha!