9 Adun (UMNO Warisan) Keluar Parti Sertai GR 👍

KENYATAAN MEDIA YB DATUK DR YUSOF YACOB
21 FEB 2023 , 3.00 PETANG
SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat Petang
Salam Sabah Maju Jaya Salam Perpaduan

Syukur Alhamdulillah, kita dapat berkumpul di Dewan SICC pada petang yang mulia ini.
Hari ini pada 21 Februari 2023 merupakan hari paling bersejarah menggerak langkah mengubah landskap politik Negeri Sabah yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Saya YB Datuk Dr. Yusof Yacob, ADUN N.35 Sindumin bersama rakan-rakan telah memikirkan semasak-masaknya mengenai hala tuju politik kami di Negeri Sabah berdasarkan beberapa prinsip berikut:

  1. Mentaati dan mematuhi Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa kita perlukan kestabilan politik dalam Negara Malaysia dan setiap Negeri termasuk Negeri sabah
  2. Memahami perlunya kerajaan Negeri yang kuat dan stabil, bersatu padu untuk mencapai pembangunan dan kemajuan Negeri Sabah.
  3. Menyedari bahawa pemimpin-pemimpin Sabah perlu bersatu dibawah Sabah Based Party untuk terus memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan melaksanakan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  4. Menginsafi bahawa perpecahan dan sengketa berpanjangan telah membantutkan pembangunan, kemajuan dan pertumbuhan ekonomi Negeri Sabah.
  5. Mengetahui bahawa kestabilan politik adalah kunci utama keyakinan pelabur tempatan dan luar untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Negeri Sabah.

Oleh itu, kami 9 orang ADUN-ADUN dan pemimpin-pemimpin berbagai peringkat serta dari berbagai latar belakang pada hari ini MENGISTIHARKAN membuat keputusan berikut:

  1. Memberi sokongan sebulat suara kepada Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan yang beliau terajui.
  2. Memberi sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah.
    Berpaksikan Perlembagaan Malaysia Perkara 10. Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan maka kami juga secara beramai-ramai yang berada didalam dewan ini dan ramai lagi pengikut dan penyokong-penyokong yang berada di luar sana MENGISTIHARKAN menyokong Kerajaan GRS dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) seperti berikut::
    A.
  3. YB Datuk Dr Yusof Yacob
    ADUN N.35 Sindumin
  4. YB Datuk James Ratib ADUN N.48 Sugut
  5. YB Datuk Jasni Daya ADUN N.13 Pantai Dalit
  6. YB Datuk Arshad Bistari ADUN N.9 Tampasuk
  7. YB Datuk Hamild @ Hamid Awang
    ADUN N.67 Balung

Semua 5 ADUN ini mengistiharkan keluar dari UMNO dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)

B.

  1. YB Mohammad Mohamarin ADUN N.1 Banggi
  2. YB Azzlinah Ariff ADUN N.63 Kunak
  3. YB Ben Chong Chen Bin ADUN N.4 Tanjung Kapor

Semua 3 ADUN ini mengistiharkan telah keluar dari Warisan dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)

C. Bersama- sama kita juga pada hari ini beberapa pemimpin- pemimpin Warisan dan UMNO yang mengistiharkan keluar Warisan dan UMNO untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)

  1. Timbalan Ketua Bahagian Warisan WP Labuan
    Haji Russli Taman
  2. AJK – AJK Bahagian Warisan
    i. Tuan Rosli As Damit
    AJK Warisan Wilayah Persekutuan Labuan berserta
    ii. Mohd Faizal Abdullah
    EXCO Wira Pusat, Ketua Wira Bahagian
    iii. Dayang Suzana Robin – AJK Bahagian
    iv. Lajim Angsagit -AJK Bahagian
    v. Zaidi Bin Bata – AJK Bahagian
    vi. Jumaat Samiun – AJK Bahagian
    vii. Dua bin Kula – AJK Bahagian
    viii. Rahmat Ali –AJK Bahagian
    ix. Sapar Sabtu –AJK Bahagian

x. Jakinah Arsad – AJK Wanita
xi. Rosliandy bin Ahmad – Naib Ketua Cawangan
xii. Jasmi Hussein -SU Wira BahagianD. Haji Aziz Ibnu (Timbalan Ketua Umno Bahagian Semporna) Mengistiharkan Keluar Umno Dan Menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

E. YB Datuk Juil- ADUN N.27 Limbahau
Mengistiharkan Menyokong Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor Sebagai Ketua Menteri Sabah, Presiden Grs Akan Mengistiharkan Menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat ) Pada Masa Sesuai.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: