Tindakan Tiga Adun Warisan Keluar Parti, Junz Wong Patut Salahkan Diri Sendiri

Dibawah kenyataan media Yb Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Ketua Penerangan Gagasan Rakyat (GR). Berhubung tuduhan Si Junz Wong yang menyalahkan kepimpinan GR atau GRS apa bila tiga Adun mereka bertindak meninggalkan parti Warisan.

Mahu tidak ditinggalkan kalau sepanjang masa berpolitik walaupun semasa menjadi kerajaan negeri.

Apa lagi hari ini menjadi pembangkang, tidak ada satupun idea mereka selaku penimbang yang dapat membantu GRS di dalam memajukan negeri Sabah. Yang ada dalam pemikiran mereka bagaimana menjadi kerajaan, sebab itulah sanggup bekerjasama dengan UMNO bagi merampas kerajaan negeri dari GRS. Tapi ada hati bercakap soal kestabilan sedangkan Adun Warisan sendiri sudah muak sebab itulah meninggalkan mereka.

Walhal kalau dikira Warisan itu bukan siapa tanpa UMNO yang menjadi modal politik mereka.

Akhirnya kantoi dimana slogan Sabah Ubah, tolak Malaya kalau kedapatan bekerjasama dengan UMNO.

Ambil cermin tu Junz Wong oiiii!


Kenyataan Media beliau, seperti dibawah.

1.  Tuduhan YB Datuk Junz Wong bahawa GRS mengerakkan usaha menyebabkan tiga ADUN Warisan meninggalkan parti Warisan tidak boleh diterima dan tidak masuk akal. Kenyataan Junz itu menunjukkan bahawa beliau naif tentang kelemahan partinya sendiri.


2.  Pada hari Isnin, tiga ADUN Warisan telah mengumumkan bahawa mereka meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan terhadap halatuju parti itu serta mengambil kira pandangan akar umbi masyarakat di kawasan yang mereka wakili.


3. Selain dari itu, rakyat juga kebosanan dengan tindakan pemimpin parti itu yang sentiasa mencipta pelbagai polemik dan ketidakstabilan politik di Sabah sehingga memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.

 
4. Sepatutnya, selepas majoriti rakyat Sabah membuat keputusan melalui PRN-16 Sabah, maka kepimpinan Parti Warisan perlu menerimanya dengan lapang dada dan seterusnya memberi peluang pada parti yang diberi mandat untuk mengurus dan mentadbir demi pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Mereka sepatutnya mengambil peranan sebagai semak dan imbang.

 
5. Tuduhan kedua Datuk Junz bahawa kononnya YAB DSP Haji Hajiji Haji Noor, Pengerusi GRS, tidak ikhlas dalam membentuk kerajaan perpaduan paska PRU-15 juga suatu yang bertentangan dengan tindakan pemimpin Warisan sendiri. Bagaimana mungkin sebuah kerajaan perpaduan dapat dibentuk setelah Datuk Shafie Apdal bertindak mengheret Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, bersama 12 ADUN UMNO dan 3 ADUN PKDM pada 6 Januari lalu untuk menjatuhkan kerajaan Sabah yang dipimpin oleh YAB DSP Haji Hajiji dengan cara mengunakan pintu belakng? Jelas sekali Junz dan kepimpinan Warisan yang tidak ikhlas dalam hal ini.

 
6.  Junz juga mempamirkan sifat hipokrit apabila beliau meyeru Suruhanjaya Pencegagahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat 3 ADUN yang keluar dari parti Warisan itu sedangkan pada Mac, 2022, Dua (2)  ADUN (ADUN Elopura dan ADUN Sri Tanjung) selepas meninggalkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) juga menyertai Warisan, beliau (Junz) pula tidak minta SPRM melakukan perkara yang sama ketika itu. Ternyata beliau (Junz) mengambil sifat seruan berpilih dalam hal ini.

 
7. Kerajaan Sabah yang dipimpin oleh YAB DSP Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, telah menunjukkan prestasi yang baik dengan pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 (2020-2025) yang jelas dan terbuku. Kutipan hasil yang meningkat, pelaburan yang meningkat, pemulihan ekonomi menerusi pertumbuhan positif serta pencapaian dalam merealisasi perkara-perkara yang berkaitan dengan MA63. Semua pencapian ini adalah suatu manifestasi pengurusan dan pentadbiran negeri yang cemerlang. Justeru itu, tidak hairanlah jika ada lagi ADUN pembangkang akan keluar parti mereka dan menyatakan sokongan kepada YAB DSP Haji Hajiji dalam masa terdekat ini.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: