
Kenapa konok Adun Sulabayan, Jaujan Sambakong mendesak kiranya tiga Adun yang meninggalkan Warisan supaya melepaskan kerusi masing masing sebagai Adun.
Mereka ialah Adun Kunak, Adun Kudat dan Adun Tanjung Kapor.
Undang undang apa yang dipakai oleh Naib Presiden Warisan itu, undang rimba kah apa. Kalau ya pun terdesak sangat tapi jangan lah sampai nampak tidak alert dengan tugas hakiki sebagai wakil rakyat.
Dia tahu kah kerajaan negeri Sabah belum lagi mengusulkan sekaligus memuktamadkan akta lompat parti?
Buat masa ini akta lompat parti hanya laku di peringkat Parlimen dan beberapa negeri kot. Sabah belum lagi memutuskan sama ada bersetuju atau tidak.
Dimana akta itu hanya akan di muktamadkan dalam sidang DUN yang dijadualkan akan datang. Sebab itu jugalah mana mana Adun Warisan yang bertindak ingin meninggalkan perjuangan sampah Warisan agar segera bertindak supaya sempat berkhidmat pada penyokong-penyokong mereka sekaligus menjelaskan tindakan keluar dari Warisan. Janganlah terlalu biul sangat oiiii!
Kamu lagi selaku wakil rakyat Warisan yang tidak cuba di remote oleh Presiden Warisan sedangkan DAP berlainan entiti dengan Warisan dan sudah tidur satu bantal, pun cuba di remote dan sehingga hari ini Warisan dan DAP adalah musuh sampai ke lubang kubur.
Pada Jaujan Sambakong rajin rajin kan diri membaca maklumat semasa khususnya perkembangan yang diambil oleh kerajaan negeri Sabah atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Jangan saja goyang kaki makan gaji buta.