
Jawapan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor bila ditanya oleh Wartawan berkaitan kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin.
Bung Mokhtar dalam satu kenyataan mendakwa bahawa kemelut politik Sabah belum berakhir.
Maksudnya UMNO Sabah akan sentiasa menggugat sehinggalah Ketua Menteri menjadi milik mereka.
Walaupun telah dibuktikan kerajaan GRS di sokong oleh 44 Adun termasuk 5 daripada UMNO. Malah jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah telah dilucutkan daripada Bung Mokhtar. Tapi masih lagi Bung Mokhtar aka UMNO Sabah tidak akur dan berusaha menggugat kestabilan kerajaan negeri Sabah. Tidak malu tau!
Tidak malu bukan kerana “malu fitrah” itu sendiri yang sememangnya sudah hilang. Tapi tidak “malu pipi tersorong sorong”. Sebab walau telah diketahui UMNO tidak lagi diterima oleh majoriti pemimpin mahupun rakyat Sabah, namun masih lagi berlagak seolah olah masih ada kekuatan.
Oleh itulah Ketua Menteri Hajiji semacam acuh tidak acuh terhadap kenyataan Bung berkenaan. Yang tidak ada beza dengan komen laskar UMNO, tetap bersuara walaupun sudah berkali kali kantoi membohong.
Jawapan ayam ayam KM Hajiji.
Ya itu dia. Dialah punya cerita. (Ya itu Bung, Bung punya ceritalah, cerita GRS dia belum tahu)
UMNO Sabah tidak tahu kekuatan sebenar kerajaan GRS dalam mempertahankan diri dari serangan mereka. Ibarat kacang panggang saja kok itu!
Tinggalkan Jawapan